Mahu Terbitkan Drama Tentang Arwah Anak Linda Rafar Dituduh Tidak Boleh Move On

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 06 Jun 2017 02:01:07

Mahu Terbitkan Drama Tentang Arwah Anak Linda Rafar Dituduh Tidak Boleh Move On

Mahu menerbitkan sebuah drama bagi mengenangkan arwah anaknya Memen, bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar menerima pelbagai komen yang mempertikaikan keputusannya itu. Mereka menuduh Linda tidak boleh meneruskan hidup dan redha dengan ketentuan takdir buat arwah anaknya itu.

Bukan saya tak boleh move on dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba.

Mahu seorang pelakon yang mampu menyelami watak anaknya dengan lebih realistik, Linda sendiri akan turun padang dan mengetuai sesi uji bakat untuk memilih pelakon yang mempunyai persamaan dengan arwah anaknya.

Arwah Memen atau nama sebenarnya Rezaiman Keifli menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Berita : mStar Online

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts