Terharu telefilem Cikgu Dina Pakai Prada dapat sambutan

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 28 Dec 2016 11:00:18

ANTARA babak dalam telefilem Cikgu Dina Pakai Prada.

KUALA LUMPUR: Pelakon utama telefilem Cikgu Dina Pakai Prada, Ruhainies tidak menyangka naskhah itu mendapat sambutan hangat termasuk guru besar Sekolah Kebangsaan Tunku Budriah (SKTB), Arau, Perlis yang menjadi lokasi penggambaran produksi itu.

Ruhainies yang melakonkan watak Cikgu Dina, berpuas hati dengan reaksi positif yang diterima apatah lagi guru besar SKTB, Rosle Ishak menyifatkan lakonannya membantu teknik pembelajaran kreatif di sekolah terbabit.

“Saya rasa puas hati telefilem ini mendapat maklum balas yang sangat positif. Cerita yang dipaparkan sesuai untuk semua peringkat umur.

“Ia mengisahkan bagaimana seorang cikgu yang sanggup mengadakan kelas tambahan dan bertindak lebih kreatif untuk menarik murid mendalami Bahasa Inggeris.

“Cikgu Dina digambarkan sebagai individu yang sporting dan penyayang terhadap pelajar. Dia sayang pelajar macam ahli keluarganya. Setiap hari ada saja aktiviti dilakukan untuk menarik minat murid,” katanya kepada BH Online.

CIKGU Dina digambarkan sebagai individu yang sporting dan penyayang terhadap pelajar.

KETIKA penggambaran telefilem Cikgu Dina Pakai Prada.

Melalui telefilem itu, watak Cikgu Dina digambarkan sebagai guru sandaran yang menggunakan pendekatan menyanyi dalam Bahasa Inggeris dan membantu budak lembap dan pendiam kembali bercakap.

Telefilem terbitan Zeel Production itu disiarkan melalui slot Skrin di TV9, Isnin lalu.

Mengenakan pakaian cantik dan solekan ‘mapan’, watak Cikgu Dina yang dilakonkan Ruhainies menjadi lebih berkarakter dan berwarna.

“Secara tak langsung, cara Cikgu Dina berpakaian menarik minat dan semangat murid untuk belajar bersungguh-sungguh,”.

Sementara itu, pengarah Cikgu Dina Pakai Prada, Fadzil Teh yang terkenal dengan panggilan ‘Yang Mulia’ dalam kalangan pelakon dan kru, berpuas hati dengan maklum balas yang diterima.

“Saya mengarah telefilem ini secara bidan terjun kerana pengarah asal, Murali Abdullah ada komitmen lain.

“Saya ambil risiko dan tak sangka ia diminati ramai,” katanya yang berterima kasih kepada Cikgu Rafishah dan sekumpulan 30 murid yang terbabit dengan penggambaran telefilem berkenaan.

TELEFILEM terbitan Zeel Production itu disiarkan melalui slot Skrin di TV9, Isnin lalu.

Category: Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts