Apa Terjadi Pada Mata Akim Ahmad?

by Oh! Semput


79
SHARES
1031
VIEWS
Posted on 30 May 2017 07:01:03

apa terjadi pada mata akim ahmad 1

Kredit foto: Instagram Akim Ahmad 

Baru saja menjalani ibadah puasa, vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad telah memuat naik sekeping foto yang telah menimbulkan keresahan kepada para peminatnya.

Gambar tersebut memperlihatkan sebelah mata Akim yang kelihatan bengkak.

Menerusi ruangan kapsyen, Akim memaklumkan matanya telah terkena serangan penyengat. Malah beliau turut memuat naik foto serangga yang didakwa telah menyerangnya.

Sehingga kini perkongsian tersebut menerima 16,000 like dan 378 komen. Rata-rata peminat mendoakan agar mata penyanyi itu cepat sembuh, tak kurang yang bermurah hati berkongsi tips cara merawat bisa serangga berkenaan.

Difahamkan, Akim kini sedang berada di kampung halaman isterinya, Stacy iaitu di Penampang, Sabah.

apa terjadi pada mata akim ahmad 2

apa terjadi pada mata akim ahmad 3

Kredit foto: Instagram Akim Ahmad

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts