Pak Azad terkejut, temui ‘flat 4 tingkat’ dihuni etnik Rohingya -“Binaannya nampak pelik”

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 09 Jun 2026 07:04:29

Penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad mendedahkan penemuan sebuah struktur kediaman bertingkat yang mencurigakan di kawasan terpencil Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Memetik laporan daripada Harian Metro, dia secara tidak sengaja menemui lokasi berkenaan ketika dalam perjalanan ke sesi penggambaran klip lagu raya sebelum Ramadan lalu selepas tersesat dan melalui laluan alternatif.

Terkejut dengan binaan

Video yang dirakamnya kemudian tular di media sosial memaparkan sebuah bangunan seakan-akan flat empat tingkat dengan laluan koridor berbumbung zink, dinding batu bata yang tidak disimen sempurna serta sambungan paip dan pendawaian elektrik yang mencetuskan persoalan.

“Saya dan pembantu peribadi memang terkejut sebab tak pernah nampak struktur seperti itu.
“Pada mulanya saya sangka mungkin penempatan golongan kurang berkemampuan, tetapi apabila dilihat dari dekat, reka bentuk dan keadaan binaannya nampak pelik.
“Ia seolah-olah dibina sendiri secara berperingkat oleh penghuni di situ. Sebab itu saya rakam video berkenaan,” katanya.

alt

Timbul status binaan

Azad  menyatakan ketika berada di kawasan itu dia turut melihat sekumpulan lelaki yang dipercayai etnik Rohingya sebelum mengambil keputusan meninggalkan lokasi kerana perlu meneruskan perjalanan ke lokasi penggambaran.

Menurutnya, keadaan struktur bangunan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan terutama dari aspek keselamatan dan status kelulusannya.

“Saya ada bertanya pandangan beberapa kenalan yang bekerja sebagai arkitek dan mereka juga berpendapat struktur itu kelihatan mencurigakan.
“Kalau melihat kepada keadaan bangunan itu, saya tertanya-tanya sama ada ia mendapat kelulusan pihak berkuasa atau sebaliknya kerana faktor keselamatan juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Kebetulan lalu kawasan tersebut

Azad menjelaskan video berkenaan pada asalnya dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya sebelum kembali tular selepas dikongsi semula oleh pengguna media sosial.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan berhubung status sebenar penempatan itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Saya bukan sengaja pergi ke situ untuk mendedahkan apa-apa.
“Saya hanya kebetulan tersesat jalan dan ternampak kawasan itu.
“Kalau benar terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan, saya percaya pihak berkuasa lebih arif untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

: Harian Metro (Mohamad Lokman Khairi)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts