by Oh! Semput
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap kes buli, salah laku mahupun jenayah seksual yang berlaku di institusi pendidikan di bawah agensi itu.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menggesa orang ramai termasuk ibu bapa dan pelajar supaya tidak takut untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang kejadian melibatkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Institusi Pendidikan Mara (IPMA).

Menurut Asyraf Wajdi, sejak dilantik sebagai Pengerusi Mara pada tahun 2023, beliau menerima pelbagai aduan berkaitan buli menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Susulan itu, beliau mengambil pendekatan turun padang menerusi program #Terjah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan bagi melihat sendiri keadaan sebenar di institusi terbabit.

Beliau berkata, Mara turut memperkenalkan slogan #youtouchyougo sebagai tanda ketegasan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kes buli.

Dalam masa sama, beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap pentadbir MRSM atau IPMA yang cuba menyembunyikan kes berkaitan.
: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki