“Tiada Maksud Bukan-Bukan, Peluang Orang Berseronok Dan Pakai Kostum” – Harith Iskander Beri Pandangan Mengenai Sambutan Halloween

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 03:00:57

Persoalan mengenai sambutan Halloween dalam kalangan masyarakat Melayu mencuri perhatian di media sosial selepas seorang pengguna mempersoalkan mengenai keperluan orang Islam menyambut perayaan tersebut.

Advertisement

Menerusi Threads, pengguna berkenaan bertanya kepada netizen.

“Kenapa orang Melayu sambut Halloween?”

Hantaran itu kemudiannya menerima pelbagai respons daripada pengguna media sosial, dan juga mencuri perhatian pelawak, Harith Iskander.

Harith Iskander Sekali Lagi Dikecam?

Pelawak Harith Iskander dilihat tampil memberikan pandangannya terhadap persoalan tersebut.

Menurut Harith, Halloween bagi sesetengah individu mungkin sekadar menjadi peluang untuk memakai kostum, selain menikmati suasana hiburan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Harith

“Sama sebab orang excited bila filem Star Wars baru keluar. Halloween ni bagi kebanyakan orang cuma peluang untuk pakai kostum, budak-budak dapat gula-gula dan semua orang berseronok.

“Tak perlu cari maksud yang bukan-bukan. Kadang-kadang Halloween tu cuma… Halloween. </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018