Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tebusan dan tembakan di Melbourne

by Oh! Semput


19
SHARES
249
VIEWS
Posted on 06 Jun 2017 15:01:46

Polis Australia sedang mengawal keadaan di kawasan berlakunya kejadian tembakan dan tebusan di Melbourne, 5 Jun 2017. — Foto ReutersPolis Australia sedang mengawal keadaan di kawasan berlakunya kejadian tembakan dan tebusan di Melbourne, 5 Jun 2017. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 6 Jun — Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan tebusan di Melbourne, Australia semalam.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu yang dilakukan oleh Yacqub Khayre, 29, dari Roxburgh Park.

Sebelum ini dilaporkan suspek mempunyai sejarah keganasan dan dibebaskan daripada pembabitan dalam plot keganasan Holsworthy pada 2009.

Lelaki itu terbunuh dalam kejadian semalam yang menyaksikannya menjadikan seorang wanita sebagai tebusan selain membunuh seorang lelaki yang dipercayai warga Australia berketurunan Cina yang juga pekerja di Buckingham Serviced Apartments di Brighton. 

Suspek dipercayai menjadikan wanita itu sebagai tebusan selepas mengatur pertemuan menerusi perkhidmatan pengiring di pangsapuri terbabit.—Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts