Tidak Boleh Ganas Walau Beza Pandangan, kata Zahid

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 15 Aug 2017 02:00:26

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Tiada pemimpin wajar berdepan tindakan ganas walau wujud perbezaan pandangan, tegas timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata insiden Tun Dr Mahathir Mohamad dilempar selipar dalam forum semalam tidak sepatutnya berlaku dalam demokrasi.

Sebagai menteri dalam negeri, Zahid berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap insiden dalam majlis “Nothing to Hide 2.0” di Shah Alam.

“Sekalipun kita ada perbezaan pandangan, keganasan tidak sepatutnya ditujukan kepada mana-mana individu atau pemimpin,” katanya.

Beliau mengulas insiden kekecohan, termasuk membakar suar dan membaling objek, ketika program itu, anjuran Parti Pribumi Bersama Malaysia (PPBM).

Ahmad Zahid berkata beliau tidak tahu-menahu Umno terlibat dalam kekecohan itu dan parti akan membuat siasatan dalaman berdasarkan tindakan polis.

“Saya tidak tahu mengenai hal ini… Kami akan menyiasat berdasarkan tindakan yang diambil oleh polis,” katanya, yang memangku timbalan presiden Umno.

-MALAY MAIL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts