Tindakan Menteri Besar Tidak Bubarkan DUN Bijak Dan Terbaik, Belum Masanya Kerjasama 'Penyatuan Ummah' Di Pahang Pada Waktu Ini

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 26 Nov 2026 13:30:35

KUANTAN: Tindakan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Wan Rosdy Wan Ismail kerana tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu adalah satu tindakan yang bijak dan terbaik pada masa ini.

Demikian ditegaskan oleh Aktivis Masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli pada hantaran terbaharu di blog beliau https://cucumatkilau.blogspot.com.

Menurut Shukri, tindakan itu juga selaras dengan  pandangan beliau sebelu ini bahawa tidak perlu diadakan PRN bagi membolehkan kerjasama BN-PN di Pahang buat masa ini.

Biar pun ada 'pantun risikan' yang diungkapkan oleh ADUN Cheka, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang baru-baru ini, namun jawapan pantun tersebut telah terbukti sekarang.

"Buat masa ini biarlah Wan Rosdy meneruskan pentadbiran kerajaan sedia ada, kerana ia telah terbukti berjaya membawa kesejahteraan untuk seluruh rakyat negeri ini sebenarnya.

'Umum mengetahui politik di negeri Pahang berada dalam keadaan stabil dan tiada krisis  politik seperti yang berlaku di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sebenarnya," kata Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK).

Mengikut rekod, tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 akan tamat dan terbubar secara automatik pada 29 Disember 2027. Maknanya ada tempoh masa setahun lagi untuk berbuat demikian.

"Justeru, usahlah ada pihak yang sengaja mahu memaksa DUN dibubarkan. Masih banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat itu sebenarnya. Malah, dibawah pentadbiran Wan Rosdy sejak Mei 2018 beberapa kejayaan utama kerajaan negeri Pahang dapat saksikan oleh rakyat. 

"Pahang mencatat kutipan hasil melebihi RM1 bilion selama lima tahun berturut-turut, dengan kutipan semasa melepasi RM1.2 bilion (berbanding sasaran RM1.279 bilion pada 2026) dan sasaran RM1.5 bilion bagi tahun 2027.

"Pertumbuhan KDNK Pahang dilaporkan mencapai 5.3%, didorong oleh usaha mengurangkan ketirisan, peningkatan keuntungan anak syarikat kerajaan negeri, serta kestabilan pentadbiran.

"Kerajaan negeri mengumumkan kejayaan menoktahkan kemiskinan tegar di Pahang, sambil meneruskan pemantauan dan intervensi berterusan.

"Pelaksanaan pelbagai bantuan menerusi Inisiatif Bantuan Negeri Pahang (iBN Pahang) dan Aspirasi Pahang 1st meliputi bantuan pendidikan, perumahan, dan kemudahan asas luar bandar.

"Usaha mengembangkan industri penternakan melalui perancangan mendapatkan lembu Wagyu dari Australia serta kerbau tenusu dari Sepanyol dan Itali," kata Shukri lagi.

Menurut beliau, Pahang juag berjaya menduduki tempat keempat tertinggi di Malaysia bagi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), manakala dari segi jumlah nilai ekonomi keseluruhan, Pahang menyumbang kira-kira 4.1% kepada KDNK negara,

"Ini satu penyampai menakjubkan dalam sejarah negeri ini sebenarnya. Ia bukti jelas kewibaan Wan Rosdy tidak perlu dipertikaikan lagi. Maka itu biarlah kerajaan yang memerintah hari ini terus dikekalkan sehingga habis penggal PRU-15. 

"Usah dikacau ganggu dengan polimik politik yang akhirnya boleh merencatkan setiap perancangan kerajaan yang pada akhirnya akan merugikan rakyat itu sendiri," katanya.

Shukri juga mendakwa paling terbaik, dibawah pentadbiran Wan Rosdy menerusi kerajaan perpaduan hasil kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu membuktikan ianya tetap utuh.

"Tiada sebarang masalah, provokasi atau kontroversi yang ditimbulkan oleh wakil rakyat PH di negeri ini. Baik dari segi pentadbiran kerajaan, mahu pun politik ianya tetap berjalan lancar biar pun di peringkat persekutuan dan negeri lain sedikit tegang.

"Pada PRU-15 lalu, Wan Rosdy diangkat menjadi Menteri Besar selepas wujudkan kerjasama politik antara BN dan PH. Kertika itu BN menang 17 kerusi DUN dan PH pula 8 kerusi DUN. Hasil kerjasama maka majoriti mudah 22 kerusi terbentuk dan kedudukan Wan Rosdy sebagai Menteri Besar terus dipertahankan.

"Dua orang ADUN PH telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) iaitu ADUN Semambu (PKR) Sim Chong Siang dan ADUN Triang (DAP) Leong Yu Man. Mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan cukup memuaskan tanpa ada sebarang masalah sehingga ke hari ini.

"Kemudian, dua pemimpin PH iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly (AMANAH) dan Rizal Jamin (PKR) telah diangkat sebagai ADUN Lantikan di Pahang. 

"Begitu juga pemimpin PH yang terlibat sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),  mereka menjalankan tugas dengan baik sehingga ke hari ini," tambahnya lagi. 

Maka itu dakwanya, tiada badai yang melanda dan  ombak yang menghempas pantai, makanya apa perlu DUN Pahang dibubarkan setahun sebelum tempoh matang?.

"Bila saya memberi hujjah berfakta kenapa DUN Pahang tidak perlu dibubarkan sekarang, sudah pasti ramai yang akan marah terutamanya penyokong PAS dan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya.

"Namun, hakikat dan kebenaran perlu diterima. Bukan sekadar teori dan emosi semata-mata. Kerajasama BN-PN di Pahang agar sukar sekiranya mereka yang mahu berbuat demikian tidak membuang ego masing-masing.

"Bukan saya menolak atau tidak bersetuju dengan 'penyatuan ummah' di Pahang. Saya pun mahu melihat agenda perpaduan Islam dan Melayu di bumi bertuah ini, tetapi ia masih belum tiba masanya," tambahnya.

Shukri juga menegaskan, kerjasama BN-PN boleh berlaku selepas DUN dibubarkan. "

Perbincangan awal secara tidak rasmi memang boleh dibuat sekarang. Apa yang jelas, perbincangan rasmi perlu dibuat selepas DUN Pahang dibubarkan," tambah beliau lagi.#cucumatkilau

Baca selanjutnya, kenapa 'penyatuan ummah' sukar dilaksanakan di Pahang. Klik Sini

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts