by Oh! Semput
Satu video yang tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila membincangkan situasi membabitkan pelakon Imran Aqil yang meninggalkan isterinya, Dahlia Rizal dan bayi mereka yang baru dilahirkan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap keadaan emosi ibu selepas bersalin dan mengingatkan bahawa tempoh selepas melahirkan anak merupakan fasa yang sangat mencabar.
Ramai berpendapat sokongan daripada suami adalah antara perkara paling penting bagi membantu isteri melalui tempoh tersebut.
Seorang pengguna media sosial menulis:
“Postpartum depression is real. Kita kena sama-sama jaga ibu selepas bersalin sebab dia perlukan support system yang kuat, especially from suami.”
Seorang lagi netizen turut berkongsi pandangannya mengenai tempoh selepas bersalin.
“4th trimester is the most crucial thing because you are dealing with a newborn, a mom who is in unstable mental state, a new environment & adapting. System support is the most important thing during postpartum period.”
Selain itu, ada juga yang meluahkan rasa simpati terhadap si isteri yang perlu menguruskan bayi dalam tempoh berpantang seorang diri dan mengecam tindakan pelakon itu yang tergamak meninggalkan isterinya dalam tempoh sukar itu.

“Cuba bayangkan ceritanya isteri dia betul-betul campak baby tu masa dia kat atas gunung. Rasa-rasa dia boleh gelak-gelak begitu tak?”
Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai kurang sensitif terhadap keadaan isteri selepas bersalin.
Dalam masa sama, sebahagian netizen mengakui tidak semua lelaki memahami cabaran yang dihadapi wanita selepas melahirkan anak.
“Lelaki mana lah faham semua ni.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Tinggal Bini Dengan Anak Baru Lahir, Kau Pergi Panjat Gunung” – Dahlia Jalani ‘Postpartum’ Tanpa Suami, Netizen Kecam Imran Aqil? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.