Kang Gary Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun Bersama

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 26 Oct 2016 09:00:38




SEOUL: Selepas enam tahun bersama Running Man, Gary mengucapkan selamat tinggal kepada program permainan realiti yang menjadi fenomena global itu, hari ini. 

Pengunduran bintang berusia 38 tahun itu diumumkan stesen SBS, yang memaklumkan keputusan Gary itu adalah bagi menumpukan semula perhatian terhadap kerjaya muziknya. "Tahun ini, beliau ada memberitahu produksi mengenai rancangannya untuk meninggalkan Running Man bagi memperuntukkan masa dengan muzik, selain mahu menyambung pengajian. 

"Walaupun kakitangan dan semua bintang lain memujuknya supaya mengubah fikiran, beliau tetap dengan keputusan terbabit. Seluruh produksi juga sebulat suara menghormati keputusannya itu," kata wakil SBS. 

Pada masa sama, produksi rancangan terbabit turut menyatakan rasa terima kasih atas dedikasi dan kesungguhan Gary menjayakan program popular berkenaan, sejak musim pertama hingga kini, sekali gus mendoakan kerjaya muzik lelaki itu terus berjaya. 

Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi rap sekitar 1996 selain aktif dalam arena muzik selaku komposer dan penerbit sebelum dikenali sebagai personaliti televisyen. 

Pengundurannya daripada rancangan itu secara tidak langsung meninggalkan pasangan 'Monday Couplenya', Song Ji-hyo, yang juga satu-satunya peserta wanita dalam program terbabit, selain Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Lee Kwang-soo. Menerusi pengumuman sama, SBS menyatakan, aksi terakhir bintang yang bersama pasukan mereka sejak Julai 2010 itu akan dapat diikuti pada episod siaran 31 Oktober ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts