PN Tolak Dakwaan Sudah Boleh 'Tutup Kedai', Prestasi PN Pada PRU15 Meningkat Sebaliknya Undi BN Yang Merosot Dan Hilang Sokongan

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 13:32:02

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) menolak dakwaan sudah boleh 'tutup kedai' susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu. 

Ketua Penerangan PN negeri, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, tafsiran mengenai masa depan slogan 'PN Teraju Pahang' seperti dinyatakan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail tidak realistik berdasarkan situasi politik semasa. 

"Sebenarnya kalau kita tengok prestasi di Pahang ni, prestasi PN semakin meningkat. Daripada dua kerusi (DUN) kepada lapan kerusi, sekarang ada 15 campur dengan Bersatu jadi 17 kerusi. 

"Sebenarnya di Pahang ini yang merosot (jumlah) kerusinya adalah BN, bukannya PAS-PN. 

"Yang merosot teruk ialah BN, daripada berpuluh kerusi tinggal berbelas kerusi dan hakikat di Pahang ini, UMNO bertongkatkan DAP... kalau tanpa DAP, UMNO tidak akan boleh, mampu membina atau memerintah di Pahang," katanya menerusi satu video dimuat naik di platform TikTok, hari ini. 

Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching menambah, kenyataan dibuat UMNO bahawa PN mungkin 'tutup kedai' perlu dilihat semula. 

Katanya, mungkin BN yang akan 'tutup kedai' lebih awal daripada PN di Pahang. 

"Di Pahang ini, rakyat masih lagi muak dan benci dengan pakatan UMNO-BN dan DAP. 

"Kalau kita lihat, UMNO lebih kepada bersandiwara dan berdrama  sebenarnya. Di Johor, putus hubungan dengan DAP... tak nak bergabung dengan DAP. 

"Tapi di Pahang dan di Perak kalau kita tengok Umno 'menikus' tak berani keluar kenyataan tentang hubungan dengan DAP di Pahang dan juga di Perak," tambahnya. 

Mohd Tarmizi turut menyatakan keyakinan PAS-PN dapat mengekalkan momentum sedia ada untuk menang dan menerajui Pahang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Semalam, Wan Rosdy menggambarkan 'perceraian' antara PAS dan Bersatu dalam PN bakal menyaksikan parti itu berdepan laluan berliku-liku dalam usaha mereka menawan Pahang. 

"Saya dapati usaha mereka, yang mereka uar-uarkan nampaknya menghadapi jalan yang complicated... jalan yang berliku-liku dan ini berlaku setelah mereka menolak Bersatu dalam PN. 

"Sama ada (slogan) PN Teraju Pahang itu sudah boleh 'tutup kedai', yang itu kita boleh buat tafsiran sendirilah," katanya. 

Menteri besar Pahang itu dilaporkan berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan perkembangan terkini susulan pengumuman PAS Isnin lalu, menamatkan hubungan politik dengan Bersatu dalam PN. #malaysiakini

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts