Umno tolak kerajaan perpaduan dengan Perikatan

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 02:00:33

UMNO tidak akan menyertai kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional (PN), umum setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi, katanya dalam kenyataan. 

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk

“MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Ahmad. – 24 November, 2022. 

MENYUSUL
 

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts