by Oh! Semput
Melanggan Netflix dan terpaksa membayar yuran langganan pada setiap bulan mungkin dianggap beban bagi sesetengah orang.
Tetapi bagaimana jika mahu menonton filem dan lain-lain rancangan atas talian secara percuma dan halal?
Jangan risau kerana walaupun tidak mempunyai bajet yang cukup anda boleh menonton filem, drama bersiri ataupun dokumentari menerusi penstriman dalam talian secara percuma di 3 laman web berikut.

Menghimpunkan ribuan filem, dokumentari seperti propaganda Perang Dunia Ke-2 dan lain-lain lagi. Lebih kepada filem-filem klasik hitam putih.

Laman ini menawarkan kandungan dari produksi ternama seperti Lionsgate, MGM dan juga Paramount. Daftar akaun secara percuma supaya anda mudah untuk simpan senarai filem kegemaran dan bertukar medium akses seperti dari laptop ke telefon pintar.

Penawaran filem penstriman dalam talian secara percuma (sebelum ini semua berbayar) telah diperkenalkan platform ini pada Oktober 2016 yang lalu dan membolehkan penonton memilih lebih dari 1000 judul filem.
Anda perlu mendaftar akaun tapi jangan risau, ia percuma.
Klik pada nama untuk melayari laman web tersebut. Selamat menonton.