Touch ‘n Go Bakal Perkenal Servis E- Wallet

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 24 Jul 2017 10:00:41

Tidak lama lagi, satu perkhidmatan E-wallet bakal dilancarkan Touch ‘n Go menerusi kerjasama yang terjalin antara CIMB Group Holdings dan  Ant Financial Services Group.

Buat pengetahuan anda semua, Touch ‘n Go merupakan syarikat subsidiari kepada CIMB dan melalui kerjasama dua syarikat tersebut, Touch ‘n Go boleh memantapkan lagi sistem pembayaran mereka.

Jika dilihat kepada penggunaan Touch ‘n Go yang sememangnya meluas, servis E-wallet ini merupakan naik taraf kearah sistem pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad. Ia akan dibangun berasaskan sistem pembayaran mudah alih Alipay yang mana menggunakan teknologi NFC.

Touch ‘n Go E-wallet ini dijangkakan akan mula beroperasi penuh mulai tahun 2018 dan awal Februari lalu ia menjalani ujian beta bagi kawasan TTDI.

Nampaknya sistem pembayaran mudah alih seperti ini mula diketengahkan dalam negara dan sebelum ini servis Samsung Pay turut ditawarkan pada kaunter-kaunter stesen minyak Petronas seluruh negara.

: The Star

 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts