by Oh! Semput
Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran menghalang syarikat dari Amerika Syarikat daripada membina pusat data kecerdasan buatan (AI) di luar negara. Syarikat yang masih terus membina pusa data AI di luar negara akan dikenakan “cukai yang hebat” oleh kerajaan.

Pengumuman ini dilakukan oleh Trump dalam sidang media di White House sebaik sahaja pulang daripada persidangan APEC yang berlangsung di Shenzhen China minggu ini. Bagaimana mekanisme menghalang dan percukaian ini akan dikuatkuasakan masih belum lagi diketahui. Tetapi ia akan mendatangkan impak ke atas Malaysia yang mempunyai beberapa projek pusat data seperti daripada Google, Microsoft dan Amazon AWS.
Amerika Syarikat memperketatkan eksport cip AI ke Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brazil kerana pusat data yang dibina digunakan oleh syarikat Chin bagi mengakses kuasa perkomputeran secara awanan.
Pada waktu yang sama pembinaan pusat data AI baharu di dalam negara menerima tentangan besar orang awam di Amerika Syarikat. Ia menjadi antara faktor Parti Demokrat berjaya memegang kuasa di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan Senat pasca pilihanraya setengah penggal bulan ini.
– AP