Tujuh tahfiz mati, maahad kena patuhi muatan van

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 02 Jun 2017 16:02:54

Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua maahad tahfiz supaya mematuhi piawaian muatan kenderaan. — Foto oleh Saw Siow FengKUANTAN, 2 Jun — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang mengorbankan tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai, Kelantan, di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Telekung hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dapat dielakkan sekiranya semua maahad tahfiz di negara ini mengikuti peraturan dan undang-undang ditetapkan termasuk dalam soal muatan pelajar di dalam kenderaan.

“Saya ingin mengingatkan diri saya dan mudir supaya patuhi peraturan, nyawa anak-anak bukan taruhan untuk menyumbat mereka sehingga melebihi muatan. Ini bukan pertama kali kemalangan seperti ini berlaku, kita harap maahad tahfiz dapat ikuti peraturan dan undang-undang muatan kerana ini melibatkan soal nyawa.

“.... Memang kemalangan tidak berbau tetapi kita boleh mengelakkannya jika kita mengikuti piawaian bagi kenderaan sekolah tahfiz ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pogram Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan dengan warga KDN peringkat Pahang di masjid berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua Polis Pahang  Datuk Rosli Ab Rahman.

Majlis anjuran KDN itu dihadiri kira-kira 1,200 tetamu terdiri daripada pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat jabatan dan agensi di bawah KDN dan jemaah masjid.

Menurut Ahmad Zahid, dalam pertemuannya dengan lebih 30,000 huffaz di Masjid Wilayah di Kuala Lumpur  baru-baru ini, beliau sendiri telah mengingatkan tentang soal kebajikan anak-anak tahfiz di negara ini.

“Saya hargai usaha individu dan organisasi untuk melaksanakan dan menyediakan pendidikan tahfiz ini, tetapi kita tidak mampu kompromi dari segi kebajikan atau keperluan asas pelajar ini dan soal keselamatan  serta nyawa perlu diambil kira dan diberi keutamaan.

“Jadi kesedihan ini saya fikir bukan sekadar perasaan kerana saya sendiri ada sekolah yang sama (sekolah tahfiz) dan saya berharap ini akan jadi satu pengajaran untuk sekolah tahfiz untuk mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku,”katanya.

Dalam kemalangan pada  9.45 pagi tadi, tujuh pelajar tahfiz maut, tujuh lagi cedera termasuk lima parah selepas van yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh sebuah rumah penduduk. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts