by Oh! Semput
Selebriti versatil, Salih Yaacob mengakui kehidupannya kini lebih sederhana selepas tujuh tahun tidak aktif dalam industri hiburan.
Salih atau nama sebenarnya Mohammad Salih Yaacob, 65, berkata dia hanya berserah kepada ketentuan Allah dalam meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi selepas berdepan masalah kesihatan termasuk penyakit darah tinggi.
“ pendapatan dan rezeki mesti ada. Dulu adalah tawaran kerja tapi sekarang apa yang orang bagi itulah sumber saya. Saya hidup dalam keadaan ala kadar sahaja. Kita nak harapkan bantuan, biar Allah yang bantulah.”
“Duit simpanan semua dah habis tapi masih boleh bertahan lagi. Sekarang dah masuk tujuh tahun saya tak bekerja tapi alhamdulillah setakat ini tak pernah terputus bekalan beras, ada orang bagi,” katanya.
Menurut bekas penyampai radio Sinar FM itu, dia bersyukur kerana sehingga kini masih dapat memenuhi keperluan asas dan tidak pernah merasai kesempitan hidup yang serius.
“Tak ada sesak, saya daripada dulu tidak pernah rasa begitu. Lagipun saya tak nak menyusahkan isteri-isteri saya. Ikut apa benda yang ada sudah,” katanya lagi.
Terdahulu, Salih menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menerusi program Ziarah Seni Madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Dalam lawatan tersebut, beliau turut menerima bantuan berupa bakul makanan dan sumbangan wang tunai selain sokongan moral berikutan keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan.
Sebelum ini, Salih dilaporkan menerima rawatan di Hospital Ampang selepas mengalami masalah tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya” – Salih Yaacob first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.