Tular Video Dua Peragut Cedera Patah Kaki Selepas Merempuh Rakan Mangsa Ragut

by Oh! Semput


12
SHARES
161
VIEWS
Posted on 06 Jun 2017 00:00:40


Cheras - Tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan situasi dua orang lelaki yang patah kaki dipercayai peragut selepas merempuh rakan mangsa yang telah diragut oleh mereka.

Kes ragut berkenaan dipercayai berlaku berdekatan Jalan Kuari berhampiran kawasan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Cheras.

Paparan video yang berdurasi 2 minit 50 saat itu menunjukkan kedua lelaki itu mengalami kecederaan serius dan tidak mampu untuk berjalan.


Rata-rata netizen telah mengecam tindakan kedua lelaki berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan, malah tidak menghormati bulan puasa kerana melakukan perbuatan ragut tersebut. -

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts