by Oh! Semput
Google Pixel 11 Pro Fold dilancarkan minggu lepas dengan cip lebih terkini, sistem operasi paling baharu dan sistem lampu HiLight. Dengan beberapa inovasi ini, Google berharap pembeli akan memilih peranti mereka dan bukannya beberapa peranti pesaing dalam kategori peranti lipat jenis Fold. Ulasan ini menjawab persoalan sama ada Google Pixel 11 Pro Fold ialah peranti lipat perlu anda beli.

| Google Pixel 11 Pro Fold | |
|---|---|
| Skrin | 6.5″ OLED, 120Hz Actua Display 8.0″ LTPO OLED, 120Hz Super Actua Flex HDR10+ |
| Pemproses | Google Tensor G6 (3nm) |
| Cip | 1x 4.11 GHz C1-Ultra 4x 3.38 GHz C1-Pro 2x 2.65 GHz C1-Pro |
| Cip Grafik | PowerVR CXTP-48-1536 |
| RAM | 16GB LPDDR5X |
| Muatan Dalaman | 256/512 GB UFS 4.0 |
| Kamera Utama | 48MP f/1.7 OIS (Sudut Lebar) 10.5MP f/2.2 (Ultra Lebar) 10.8MP, f/3.1, OIS (Telefoto 5x) |
| Kamera Swafoto | 10 MP, f/2.2 (Luar) 10 MP, f/2.2 (Dalam) |
| Bateri | 4806 mAh Pengecasan berwayar 30W Pengecasan nirwayar 25W Pengecasan berbalik 4.5W |
| SIM/Telefoni | 1 Nano, 1 eSIM 5G Sub 6 |
| NFC | Ya |
| Bicu Audio | Tiada |
| Kalis Air | IP68 |
| Sistem Imbasan | Pengimbas cap jari sisi Imbasan wajah |
| Harga Jualan | RM 7,999 (16/256 GB) RM 8,599 (16/512 GB) |
Pixel 11 Pro Fold sebenarnya sudah tersungkur sebelum ia sempat bertatih. Baru sahaja peranti dikeluarkan daripada kotak, garis lipatan pada skrin dalam sebesar 8″ adalah amat ketara. Lebih ketara berbanding garis pada skrin Z Fold8 yang saya sudah digunakan lebih dua minggu. Lihat gambar di bawah yang diambil dua hari selepas dilancarkan. Nampak sangat ketara lebih-lebih jika gambar later berwarna putih digunakan.

Memang saya katakan jika anda pengguna peranti skrin lipat, garis lipatan ini akan hilang daripada pandangan selepas beberapa hari. Tetapi jika Google ingin kompetitif dalam pasaran telefon lipat mereka sekurang-kurangnya perlu menawarkan produk yang setanding dengan pesaing.

Kesan lipatan pada skrin akan menjadi semakin ketara mengikut usia. Boleh diramalkan garis akan menjadi semakin dalam setahun selepas digunakan. Ini sudahpun berlaku pada unit Pixel 10 Pro Fold yang diulas saya tahun lalu.
Satu lagi kekurangan skrin Pixel 11 Pro Fold, Oppo Find N6 dan Hono Magic V6 berbanding siri Z Fold8 ialah skrin luar serta dalam mempunyai bucu yang dibulatkan. Bucu bulat pada skrin adalah terlalu besar jika dibandingkan dengan bucu pada peranti candybar dan kurang menarik berbanding skrin siri Z Fold8 yang berbucu tajam. Tiada kandungan terpotong semasa membaca komik dan ebuku pada skrin Z Fold8.

Tidak semuanya negatif kerana saya harus memberikan pujian pada skrin Pixel 11 Pro Fold tahun ini yang lebih terang. Ia boleh mencapai keterangan puncak 3600 nit berbanding 3000 nit tahun lalu. Kandungan nampak lebih terang dan jelas apabila digunakan di bawah cahaya matahari yang terang. Sistem HDR yang disokong hanyalah HDR10+ meletakkannya setanding dengan Z Fold8 dan Z Fold8 Ultra. Saya tiada isu menstrim kandungan HDR di YouTube, Prime Video, Netflix, HBO Max dan Prime Video pada peranti ini.
Pengimbas cap jari diletakkan di sisi kanan peranti. Lokasinya strategik serta mudah diakses kerana pada peranti Pixel butang kuasa diletakkan di atas butang laras audio. Imbasan dilakukan dengan pantas walaupun jari basah.
Sistem imbasan wajah disertakan tetapi tidak berfungsi dengan baik dalam situasi gelap. Setakat ini hanya Vivo meletakkan pengimbas cap jari bawah skrin pada kedua-dua skrin lipat. Maka saya tidak mengkritik Pixel 11 Pro Fold kerana pengimbas cap jari terbina dalam butang kuasa.
Pixel 11 Pro Fold mempunyai rekaan tubuh yang sama dengan model tahun lalu. Jika anda pernah memegang Pixel 10 Pro Fold, ia sama sahaja di dalam tangan cuma dengan bonggol kamera yang lebih kecil. Bonggol lebih kecil kini tidak lagi mempunyai sensor pengesan suhu yang digantikan dengan lampu HiLight baharu yang boleh memberikan notifkasi serta interaksi semasa menggunakan Gemini.
Di bawah ialah perbandingan tebal dan berat Pixel 11 Pro Fold berbanding beberapa peranti pesaing.
| Model | Tebal (tutup) | Tebal (buka) | Berat |
| Google Pixel 11 Pro Fold | 10.1mm | 5mm | 239g |
| Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra | 8.9mm | 4.1mm | 215g |
| Samsung Galaxy Z Fold8 | 9.7mm | 4.5mm | 201g |
| Honor Magic V6 | 9mm | 4.1mm | 219g |
| Oppo Find N6 | 8.9mm | 4.2mm | 225g |
Ia lebih tebal dan berat berbanding peranti lipat mercu pesaing 2026. Seperti isu dengan skrin yang telah saya sentuh di atas, Pixel 11 Pro Fold telah ketinggalan sebelum pertandingan bermula. Menggunakan peranti ini selepas sehari terasa seperti tiada evolusi serius dilakukan oleh Google untuk membawakan penambahbaikan yang diminta oleh pengguna.

Yang menyelamatkan muka Google daripada terus diconteng dengan arang ialah kualiti binaan Pixel 11 Pro Fold masih terasa premium. Ia memang terasa seperti sebuah telefon yang harganya lebih RM7000 sebuah. Engsel terasa tegap dan boleh kekal di kedudukannya walaupun saya menghentam permukaan meja. Di sini Pixel 11 Pro Fold setanding Z Fold8 Ultra.
Proses membuka skrin juga mudah kerana permukaan sisi cukup luas untuk cengkaman jari. Isu saya dengan Z Fold8 dan Magic V6 tahun ini ialah kedua-duanya terlalu nipis sehingga sukar untuk membukanya..

Tubuh juga melepasi piawaian kalis air dan debu IP68 yang lebih baik berbanding siri Z Fold9 (IP48), Find N6 (IP59) dan hanya kalah kepada Magic V6 (IP69). Tak perlu risau air tertumpah atau peranti tenggelam di dalam kolam ketika digunakan.

Perisian Android 17 digunakan dengan siri Pixel 11 menjadi yang kedua selepas Z Fold8 dan Z Flip8 dilancarkan dengan sistem operasi Android terkini ini, Ia membawakan ciri baharu eksklusif pada Pixel iaitu Bubbles. Seperti semua peranti Pixel, sokongan kemas kini 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti diberikan bagi memberikan ketenangan masa panjang.

Pada Pixel 11 Pro Fold saya rasakan ciri ini tidak begitu berguna kerana proses menukar aplikasi lebih pantas dengan mengaktifkan Taskbar.Taskbar boleh diubah untuk kekal di bahagian bawah skrin tyang dibuka atau terapung. Disamping itu melancarkan dua aplikasi serentak dengan Split Screen juga boleh diakses

Terdapat juga ciri AI lain seperti Gemini Intelligence yang boleh memahami konteks lebih baik kerana membaca Gmail, sejarah YouTube, peta Map, Photos dan bermacam-macam aplikasi lain.
Menaip menggunakan suara juga lebih tepat dengan Rambler di Gboard yang dengan bijak membuang ayat yang tidak diperlukan. Kesemua ini daripada pemahaman saya menggunakan model Nano Banana yang terbina dalam peranti tanpa ia dihantar ke awanan terlebih dahulu menjadikannya pantas.

Terdapat juga ciri Screenshot baharu yang menyimpan semua tangkapan layar dalam aplikasi khas. AI kemudian membaca semua maklumat dalam tangkapan layar seperti nombor telefon, kata laluan WiFi, nombor tempahan kapal terbang dan alamat venue acara. Dari dalam aplikasi pengguna hanya perlu bertanya soalan yang ingin diketahui jawapannya dan Screenshot akan memberikannya berdasarkan maklumat yang telah dikumpul.

Recorder yang boleh menjana transkrip audio temubual secara automatik. Notebook juga terpasang pada Pixel 11 Pro Fold memudahkan dokumen diproses, difahami dan kemudiannya diubah menjadi podsiar secara automatik.
Google Circle to Search, Gemini dan Gemini Voice yang kini akhirnya semakin pintar dibantu oleh Gemini Intelligence yang memberikan jawapan berdasarkan maklumat peribadi yang dikumpul menerusi pelbagai perkhidmatan Google.

Bagaimana pula dengan ciri HiLight yang diberikan tumpuan dalam pengiklanan siri Pixel 11 Pro? Ia seperti sistem Glyph pada peranti Nothing atau lampu notifikasi yang dahulunya standard pada telefon pintar. Ia hanya boleh digunakan untuk notiifkasi panggilan telefon daripada insan tertentu (yang anda tetapkan) atau ketika menggunakan Gemini dalam posisi telefon ditelangkupkan.
Hanya lampu yang menyala dengan waran berbeza. Ia adalah ciri yang mengecewakan dan langsung tidak mempunyai faktor wow. Glyph pada peranti Nothing boleh diprogramkan untuk berkelip dengan corak tertentu dan diperibadikan. Pada Pixel 11 Pro Fold, HiLight hanya lampu notifikasi multi warna yang fungsinya terhad.
Google tidak membenarkan aplikasi penanda aras dipasang pada Pixel 11 Pro Fold menerusi Play Store. Saya menanti hingga saat akhir terpaksa melakukan pemasangan secara sisi. Selepas ujian dilakukan beberapa kali saya mungkin mendapat jawapan mengapa Antutu 3D, Geekbench 5 dan 3D Mark tidak boleh dipasang. Cip Tensor G6 yang digunakan mencatatkan skor yang mengecewakan. Berikut ialah skor Tensor G6 apabila dibandingkan dengan beberapa peranti utama di pasaran.
| Peranti | Skor |
| Google Pixel 11 Pro Fold | 1,212,510 |
| Google Pixel 10 Pro Fold | 1,214,735 |
| Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra | 2,630,271 |
| Samsung Galaxy Z Fold8 | 2,184,626 |
| Samsung Galaxy Z Flip8 | 2,463,934 |
| Honor Magic V6 | 3,439,798 |
| Oppo Find N6 | 3,080,123 |
| Samsung Galaxy Z Fold7 | 1,747,012 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra | 3,136,285 |
| Vivo X300 Pro | 3,507,869 |
| Apple iPhone 17 Pro | 2,634,345 |

| Peranti | Satu Teras | Multi Teras |
| Google Pixel 11 Pro Fold | 1764 | 4688 |
| Google Pixel 10 Pro Fold | 2303 | 6134 |
| Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra | 3295 | 9125 |
| Samsung Galaxy Z Fold8 | 3512 | 9871 |
| Samsung Galaxy Z Flip8 | 1923 | 5091 |
| Honor Magic V6 | 3529 | 9938 |
| Oppo Find N6 | 3450 | 9393 |
| Samsung Galaxy Z Fold7 | 2745 | 9060 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra | 3651 | 10819 |
| Vivo X300 Pro | 3507 | 10469 |
| Apple iPhone 17 Pro | 3560 | 8835 |

| Cip | Skor |
| Google Pixel 11 Pro Fold | 3318 |
| Google Pixel 10 Pro Fold | 3266 |
| Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra | 5996 |
| Samsung Galaxy Z Fold8 | 5365 |
| Samsung Galaxy Z Flip8 | 4099 |
| Honor Magic V6 | 6481 |
| Oppo Find N6 | 6020 |
| Samsung Galaxy Z Fold7 | 5633 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra | 7375 |
| Vivo X300 Pro | 7075 |
| Apple iPhone 17 Pro | 5873 |

Saya terkejut dengan skor yang dicatatkan kerana tidak banyak berbeza dengan Tensor G5 tahun lalu dan Snapdragon 8 Elite pada Z Fold7. Tensor G6 hanya dilengkapi 7 teras CPU dengan kombinasi C1-Ultra dan C1-Pro. Saya menjangkakan skor yang dicatatkan sepatutnya lebih baik daripada cip tahun lepas tetapi jangkaan ini jauh meleret.

Tiada sebarang isu menjalankan aplikasi lazim media sosial, penstriman, pemesejan, dan fotografi pada peranti ini. Untuk permua kekurangan kuasa memproses Tensor G6 akan mula kelihatan. Dalam COD Mobile, Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile tiada isu menjalankannya pada tetapan tinggi.
Tetapi dalam Wuthering Waves dan Zenless Zen Zero grafik tersekat-sekat pada tetapan lebih tinggi. Ini mungkin kerana dua permainan ini tidak dibangunkan untuk menyokong cip Tensor G6. Pada waktu yang sama GPU PowerVR CXTP-48-1536 pada Tensor G6 sudah agak berusia. Kombinasi hanya 7 teras CPU, GPU berusia dan permua lebih menyokong cip MediaTek serta Qualcomm menyumbang kepada prestasi kurang memuaskan pada Pixel 11 Pro Fold.
Tri kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 48MP dengan OIS, ultra lebar 10.5MP dan telefoto 5X 10.8MP juga dengan OIS. Sementara itu dua kamera telefoto pula adalah sebesar 10MP. Tiada perubahan pada saiz megapixel tetapi sensor 48MP utama menggunakan saiz sensor lebih besar tahun ini.
Gambar yang ditangkap nampak semula jadi, terang dan mempunyai warna yang sama dengan dunia sebenar. Penghasilan warna saya rasakan paling perlu diberikan pujian kerana saya rasakan terbaik pada sebuah telefon lipat. Prestasi adalah baik tak mengira keadaan terang atau gelap. Mode gelap Nightshift Pixel sekali lagi cemerlang dengan kurangnya hingar, HDR memuaskan, tiada isu sumber cahaya pecah dan imej nampak terang.







Kekurangan ialah pada zum dimana hanya memuaskan pada tetapan 2X. Pada tetapan 5X ia mula pecah-pecah dan pada tetapan 10X pula gambar sudah nampak seperti mozek. Zum sehingga 30X boleh dilakukan tetapi dengan sensor hanya sekiar 10.5MP kualitinya tidak memuaskan.



Pengeluar lain meningkatkan kapasiti bateri tahun demi tahun. Tetapi Google berfikir di luar kotak dengan Pixel 11 Pro Fold dilengkapi bateri 4806 mAh berbanding 5015 mAh tahun lalu. Ini meletakkan di belakang kapasiti bateri Z Fold8 Ultra (5000 mAh) dan Magic V6 (6600 mAh). Google turut masih belum menggunakan bateri SiC yang menawarkan kapasiti tinggi dalam saiz lebih kecil.

Jika peranti dicabut daripada pengecas pada jam 7 pagi, ia masih mempunyai sekitar 10% bateri pada jam 8 malam. Hayat yang memuaskan untuk standard tahun lalu tetapi tidak untuk tahun ini. Magic V6 masih raja bateri skrin lipat kerana boleh bertahan lebih daripada sehari.
Bateri boleh dicas dalam masa 70 minit dengan pengecas 30W sahaja. Samsung pun tidak lagi menggunakan pengecas 30W tahun ini kerana telah naik taraf ke 45W. Bateri tidak tahun lama dan pengecasannya pula perlahan. Ini adalah kombinasi yang sukar untuk dimaafkan.
Sistem audio adalah sekadar ok dengan satu speaker diletakkan pada pintu kiri dan satu lagi pada pintu kanan. Seperti tahun lalu audio adalah kurang seimbang jika telefon dipegang dalam tangan. Salah satu telapak tangan akan menutup kekisi audio. Tiada sistem Dolby Atmos dengan Google menggunakan sistem audio spatial tersendiri.

| Google Pixel 11 Pro Fold | Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra | Honor Magic V6 |
| Skrin Luar 6.5″ Super Actua Display, 120Hz, HDR10+, 3600 nit Skrin Dalam 8″ Super Actua Flex, 120Hz, HDR10+, 3600 nit | Skrin Luar 6.5″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit Skrin Dalam 8.0″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit | Skrin Luar 6.52″ LTPO2 AMOLED, 120Hz, Dolby Vision, 6000 nit Skrin Dalam 7.95″ LTPO2 AMOLED, 120Hz, Dolby Vision, 5000 nit |
| Tensor G6 (2nm) 1x 4.11 GHz C1-Ultra 4x 3.38 GHz C1-Pro 2x 2.65 GHz C1-Pro | Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy (3nm) 2×4.74 GHz Oryon V3 Phoenix L 6×3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M | Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm) 2x 4.74 GHz Oryon V3 Phoenix L 6x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M |
| PowerVR CXTP-48-1536 | Adreno 840 | Adreno 840 |
| 16 GB LPDRR5X | 12/16 GB LPDRR5X | 16 GB LPDRR5X |
| 256/512 GB UFS 4.0 | 256/512/1000 GB UFS 4.0 | 512/1000 GB UFS 4.1 |
| Kamera Utama 48MP f/1.7 OIS (Sudut Lebar) 10.5MP f/2.2 (Ultra Lebar) 10.8MP, f/3.1, OIS (Telefoto 5x) | Kamera Utama 200MP f/1.7 OIS (Sudut Lebar) 50MP f/2.2 (Ultra Lebar) 10MP, f/2.4, OIS (Telefoto 3x) | Kamera Utama 50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar) 50MP f/2.2 (Ultra Lebar) 64MP f/2.5, OIS (Telefoto 3X) |
| Kamera Swafoto Depan 10 MP f/2.2 Kamera Swafoto Dalam 10 MP f/2.2 | Kamera Swafoto Depan 10 MP f/2.2 Kamera Swafoto Dalam 10 MP f/2.2 | Kamera Swafoto Depan 20 MP f/2.2 Kamera Swafoto Dalam 20 MP f/2.2 |
| IP68 | IP48 | IP69 |
| Tiada bicu audio | Tiada bicu audio | Tiada bicu audio |
| Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Stereo |
| 4806 mAh Pengecasan berwayar 30W Pengecasan nirwayar 25W Pengecasan berbalik 4.5W | 5000 mAh SiC Pengecasan berwayar 45W Pengecasan nirwayar 15W Pengecasan berbalik 4.5W | 6600 mAh SiC Berwayar 80W Nirwayar 66W Nirwayar Berbalik 10W |
| Android 17 Kemaskini 7+7 Tahun | One UI 9, Android 17 Kemaskini 7+7 Tahun | MagicOS 10, Android 16 Kemaskini 7+7 Tahun |
| Dilancarkan Ogos 2025 | Dilancarkan Julai 2025 | Dilancarkan Jun 2026 |
| RM 7,999 (16/256 GB) RM 8,599 (16/512 GB) | RM 8,099 (12/256 GB) RM 8,899 (12/512 GB) RM 10,499 (16/1000 GB) | RM 7,699 (16/512GB) RM 8,899 (16/1000 GB) |
Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.
Pixel 11 Pro Fold ialah peranti lipat paling mercu pernah dan premium dihasilkan oleh Google. Dari sudut rekaan tidak banyak penambahbaikan dilakukan dengan hanya skrin sedikit lebih besar dan sensor utama yang lebih besar. Tumpuan sekali diberikan pada perisian, ciri AI dan kemampuan memproses AI terus daripada peranti. Ia hanya penambahbaikan iteratif yang menjadi trend Apple dan Samsung sejak lima tahun kebelakangan ini.

Tetapi hakikatnya ini ialah rekaan yang digunakan sejak Pixel 9 Pro Fold. Maka pelbagai isu pada peranti terdahulu seperti garisan pada skrin lipat yang ketara, tubuh peranti tebal dan berat masih lagi wujud. Jika pengeluar lain mampu menawarkan skrin tanpa garisan ketara, bateri jauh lebih besar dan tubuh nipis, mengapa Google tidak melakukan perkara yang sama?
Bateri pula lebih kecil dan dosa paling besar ialah Tensor G6 tidak menawarkan prestasi yang diharapkan pada sebuah peranti mercu. Kuasa memproses lebih rendah berbanding cip yang digunakan pada Z Fold7 tahun 2025. Pixel 11 11 Pro Fold ialah peranti lipat ang lewat menggunakan teknologi terkini dan lemah pula dalam penawaran kuasa berbanding pesaing di pasaran.
Di Malaysia, Google Pixel 11 Pro Fold dijual pada harga bermula RM 7999 sebuah. Pada harga setinggi ini dan prestasi yang kurang memuaskan, saya tidak boleh menyarankannya kepada anda kecuali anda seorang peminat Pixel tegar. Alternatif lebih berbaloi ialah Z Fold8 dan Magic V6. Tetapi jika anda mahukan peranti lipat dengan nilai lebih baik Z Fold7 tahun lalu masih menarik tetapi pada harga sekitar RM5200 yang tidak menyebabkan akaun bank anda terbakar.
Pro
Kontra
