Update Terbaru!! Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 09 Aug 2017 06:00:38

Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017dengan jumlah bantuan dinaikkan.

Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas,tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuat secaraansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujang hanyasekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.

Update Terbaru!! Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Update Terbaru!! Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Pembayaran BR1M 2017Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016. Permohonan telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017.

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

Daftar Borang eKasih
Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400.Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017.Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank pula adalah mulai 22 Februari 2017.
Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400(Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank))
Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank))
Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM300

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

Februari 2017 : RM450 (Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank))

Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017

Berikut adalah kaedah pembayaran BR1M 2017 melalui beberapa kaedah pembayaran :-

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalamakaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada [email protected].

Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts