Uyaina Arshad nafi dakwaan sengaja tayang ‘baby bump’ di media sosial

by Oh! Semput


21
SHARES
268
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 20:31:04

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa terkilan apabila menjadi sasaran sesetengah individu yang mendakwa dirinya sengaja mendedahkan aurat dengan menayang ‘baby bump’ di media sosial.

Uyaina yang kini sedang sarat hamil mengatakan dia tidak pernah berniat untuk ‘tayang’ bentuk perut, sebaliknya tidak mampu menutup kehamilannya itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad  mendedahkan dirinya pernah banyak kali dituduh sengaja tunjuk ‘baby bump’.

“Isu jangan tunjuk ‘baby bump’ banyak kali saya kena, tapi masalahnya kalau kehamilan dah masuk bulan ketujuh dan ke atas bagaimana nak sorok.. Saya bukan sengaja nak tayang bentuk kehamilan di media sosial. 

Jelas Uyaina, dia tidak memakai pakaian ketat malah menutup dengan kain tudung dan tidak tahu cara memuaskan hati ramai yang mengatakan tunjuk ‘baby bump’ itu adalah aurat.

Malah, pengacara berusia 30 tahun itu mengatakan dirinya sendiri tidak faham mengenai sikap segelintir wanita yang kurang senang dengan wanita lain.

Uyaina berkata, media sosial adalah sebahagian daripada kerjanya sebagai anak seni di mana banyak gambar atau video dimuat naik sehingga menampakkan ‘baby bump’

“Saya juga tak faham kenapa wujud segelintir wanita yang kurang senang dengan wanita lain. Banyak hal yang sengaja dibangkitkan seolah-olah semuanya tidak sempurna di mata mereka. 
“Saya ingin jelaskan media sosial adalah sebahagian daripada kerja saya sebagai anak seni. Muat naik gambar atau video adalah tugas saya, jadi kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja,”katanya.

alt

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran berharap agar pengguna media sosial berhenti daripada menyekat kebahagiaan orang lain dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata yang mengguris perasaan.

“Baru-baru ini juga saya ada melakukan ‘maternity shoot’ dan bayangkan betapa ramai yang tumpang gembira dan terinspirasi. Malah ramai juga yang menyesal apabila mereka tidak berkesempatan melakukannya kerana tiada kenangan untuk disimpan.
“Jadi janganlah ada pihak yang tergamak nak bunuh kegembiraan orang yang bakal bergelar ibu dan bapa. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kepada kehidupan mendatang. “ujarnya.

Selain itu, Uyaina mengatakan dirinya terpaksa memadam komen-komen negatif dan menyekat individu yang tidak menghormati dirinya di media sosial

Sekadar info, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 21 Disember lalu di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur dan kini sedang hamil lapan bulan.

: Harian Metro (Najiy Jefri)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts