[Video] Adakah Ini Rupa Akhir iPhone 8?

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 11 Aug 2017 04:00:31

Semalam terdapat satu video yang mempamerkan prototaip iPhone 8 di Twitter melalui kiriman dari @VenyaGeskin1. Walaupun kualiti video yang dimuat naik dalam 5 saat ini tidak menujukkan rupa iPhone 8 secara menyeluruh, namun ianya sedikit sebanyak dapat mengambarkan kepada kita mungkin rupa terakhir iPhone 8 yang dijadualkan pelancarannya pada September ini.

Prototaip yang dipamerkan ini turut memperlihatkan tetapan dwi-kamera secara menegak manakala di hadapan juga dengan dwi-kamera. Namun untuk kamera hadapan, dikhabarkan satu kamera adalah untuk pengimbas pengecaman wajah.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Apple meletakkan cap jari di bahagian belakang peranti, di bawah logo Apple namun ianya tidak kelihatan menerusi video ini. Ada juga yang berkata Apple sebenarnya memiliki beberapa rekaan lain untuk dijadikan dummy, mengelak daripada rekaan sebenar tersebar sebelum pelancaran.

#iPhone8 Dummy Hands-On pic.twitter.com/wsMZbHhoo7

— Benjamin Geskin (@VenyaGeskin1) August 10, 2017

Menurut Benjamin Geskin lagi, peranti ini bakal memiliki paparan 6′ QHD+ 18.5:9 OLED Edge Display dan juga cip pemprosesan Apple A11 (Geekbench Multi-Core 9300+) bersama 13MP Wide + Kamera Zoom.

 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts