VIDEO David Teo Kena Tampar Dengan Pelawak Mat Over Depan Perdana Menteri Malaysia

by Oh! Semput


11
SHARES
139
VIEWS
Posted on 17 May 2017 22:01:14

Semalam, Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 telah diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun, berlakunya kekecohan yang kini hangat diperkatakan di media sosial apabila pelawak Mat Over bertindak untuk menampar penerbit filem David Teo.

Insiden itu berlaku dipercayai kerana David bersikap kurang ajar di hadapan Datuk Seri Najib Razak. Kejadian berlaku ketika David cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni.

Menurut beberapa sumber, David juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Datuk Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan majlis tersebut.

Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan meminta sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

Rata-rata netizen berpendapat, David sepatutnya cuba untuk menjaga adabnya walaupun mungkin ada rasa tidak puas hati di dalam hatinya. Ada juga yang berpendapat tindakan Mat Over itu agak melampau.

Walaubagaimanapun, ketika sesi dialog itu tiba di penghujungnya , Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman.


: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts