(Video)Umat ISLAM Tidak Perlu Tunggu Al-Mahdi Tiba!
Banyak tersebar khabar angin bahawa al-Mahdi telah diturunkan ke bumi, dan mulai ada pengikut yang telah berbai'ah dengannya. Adakah dakwaan ini benar?
Hadis tentang Al-Mahdi adalah hadis yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad, dirawikan sekitar 20 sahabat Baginda. Hadis tersebut ada menyatakan bahawa suatu masa nanti akan muncul seorang pemimpin adil di akhir zaman. Bahkan Rasulullah juga ada menyebutkan ciri-ciri Al-Mahdi dalam beberapa riwayat hadis, baik hadis sahih, hasan atau bahkan dha`īf.
Ringkasan mengenai Al-Mahdi
Al-Mahdi bernama Muhammad bin Abdullah, beliau adalah cucu cicit Rasulullah melalui jalur Hasan bin Ali. Al-Mahdi akan muncul di akhir zaman, dengan ciri-ciri tertentu. Beliau akan menyebarkan keadilan kepada seluruh bumi, menyatukan umat Islam dan berjihad di jalan Allah. Ini menunjukkan bahwa al-Mahdi bukanlah seorang Nabi yang diberi wahyu. Beliau hanyalah manusia yang Allah Takdirkan untuk menyatukan umat Nabi Muhammad, berjihad dan menetapkan keadilan serta kebenaran di alam ini.
Perlukah kita tunggu kemunculan Al-Mahdi? Al-Mahdi bukanlah tokoh yang wajib kita tunggu. Sesungguhnya tambahan gelar “al-Muntadzar” (yang ditunggu) pada Al-Mahdi bukanlah termasuk sebagai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak pernah diperintah untuk menunggu Al-Mahdi bahkan sesiapa pun.
Rasulullah telah mengingatkan kita tentang banyak tanda-tanda kiamat yang telah terjadi atau bakal terjadi. Tanda kiamat ini ada tiga: Kecil, sederhana dan besar. Kita wajib beriman kepada semua sabda baginda tentang tanda kiamat. Namun kita tidak wajib menunggu satu pun tanda kiamat. Tetapi kita wajib belajar, mengajak manusia kepada Allah, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Saya tegaskan lagi bahawa kita tidak perlu tunggu Al-Mahdi, namun ketika Al-Mahdi telah benar-benar ada, maka ia adalah salah satu tanda besar kiamat.
Pegangan ASWAJA berkaitan Al-Mahdi
Ciri-ciri Al-Mahdi yang patut kita pegang adalah, Allah akan menyatukan hati seluruh umat Rasulullah pada al-Mahdi sehingga mereka semua sepakat dan tidak ada satu pun yang berbeza pendapat tentang beliau (saat itu).
“Al-Mahdi” bukanlah hal yang boleh dianugerahkan sesiapa atau disalah gunakan. Sepanjang sejarah umat Islam telah muncul lebih dari 150 orang yang mengaku al-Mahdi. Bahkan ada individu bernama Muhammad bin Abdullah mengaku al-Mahdi, sehingga mampu mendirikan kekuasaan dan pemerintahan. Misalnya Muhammad bin Abdillah bin Tumart, dari Morocco, yang berjaya membina empayar kerajaan al-Muwahhidin. Ada juga yang menang dalam banyak perang, seperti Muhammad bin Abdillah al-Mahdi al-Sudani. Begitu juga seterusnya. Tidak satu pun diantara mereka yang benar-benar Al-Mahdi.
Kesimpulannya, kita tidak menunggu sesiapa pun. Al-Mahdi adalah tanda kiamat yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah. Jika kita hidup pada zaman kemunculan Al-Mahdi, maka bersyukurlah. Namun jika tidak pun, kita tetap juga perlu bersyukur. Sesungguhnya Ahli Sunnah tidak menunggu ketibaan Al-Mahdi, maka kita tidak boleh terlalu memikirkan dan menunggu kedatangan al-Mahdi.
Maulana Syaikh Ali Jum’ah (Fatāwā al-Bayt al-Muslim, hal 387-388)
PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.Menerusi se
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa kelewatan urusan pengebumian seorang jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shah
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.Menerusi han
Seorang guru lelaki berusia 38 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian yang dipercayai berlaku di daerah Temerloh, Pahang.Ketua Polis Daerah Teme
Seramai 125 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Lestari Siswa Madani melibatkan peruntukan keseluruhan RM62,500 bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.Majlis penyampaian b
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi urusan pengebumian jenazah seorang lelaki di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang.Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata,
Kerajaan MADANI mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bagi memudahkan peralihan menjelang pelaksanaan akses awal program itu yang bermula esok di Semenanjung Malaysia.Kementerian Kew
Cubaan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh tiga buah kenderaan di Jalan Kuching, petang semalam.Ketua Polis Ku
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter di Jalan Kota BharuKuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, B
Cubaan seorang lelaki etnik Rohingya melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak berhasil apabila dia berjaya ditahan oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, pada Khamis.Insiden itu menjadi perhat