Bangkok – Seorang isteri yang berang terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah kerana menghabiskan masa sepanjang malam minum arak, menggunakan parang untuk memaksa lelaki berkenaan pulang.
Wanita itu memandu sekeliling bandar untuk mencari suaminya di waktu puncak selepas dia gagal pulang malam sebelum itu.
Apabila melihat suaminya makan di sebuah gerai, dia memberhentikan keretanya.
Rakaman video yang dimuat naik dan viral di Internet menunjukkan wanita itu keluar dari keretanya dengan mengacukan parang pada lelaki itu. Wanita terbabit memarahi suaminya dan menyuruhnya menaiki kereta untuk pulang.
Dia memukul suaminya dengan parang itu apabila lelaki berkenaan cuba mencari alasan untuk tidak menaiki kereta.
Kejadian itu mengejutkan orang yang berada di tempat kejadian.
Berdasarkan kata-kata wanita itu yang didengar dalam rakaman berkenaan, suaminya tidak pulang ke rumah kerana berparti dan minum arak.
Pelakon Datin Elvina Mohamad mengambil keputusan menarik diri daripada sebuah telefilem baharu, dua hari sebelum penggambaran bermula.Tak mahu lakukan babak panas
Kira-kira 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Program Outreach Bersasar Projek Lepas SPM peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya yang memberi fokus kepada peluasan akses maklumat pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Pelakon popular, Zara Zya, meluahkan ciri-ciri lelaki idamannya yang bukan sahaja berkarakter maskulin tetapi juga mempunyai kemahiran praktikal serta asas agama yang baik.Tahu mengaji itu bonusFoto: Harian MetroMenurut Zara atau nama sebenarnya Zainur
Perjalanan sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila empat individu termasuk seorang bayi berusia setahun maut selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebuah treler yang terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Ting
Cubaan seorang lelaki untuk Mencuri kabel di sebuah taman perumahan di Bahau berakhir dengan kegagalan apabila tindakannya disedari penduduk sebelum dia sempat membawa lari hasil curiannya.Dalam kejadian yang berlaku semalam, suspek dipercayai seda
Kira-kira 1,000 liter asid hidroklorik tertumpah selepas sebuah lori tangki yang membawa hampir 25 tan bahan kimia itu terbalik di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Jambatan Kampung Cherating, pagi Sabtu.Kejadian yang dilaporkan sekitar jam 7.30 pagi itu
Perpaduan tidak boleh dibentuk melalui satu program atau usaha bersifat sementara, sebaliknya perlu dipupuk secara berterusan demi memastikan kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.Mesej itu menjadi antara pengisian utama Sambutan Minggu Perpaduan (
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan bahawa tanah Orang Asli yang telah diwartakan dirampas seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.Dalam satu kenyataan, JAKOA menegaskan dakwaan berkenaan adalah tidak tepat dan menjelaskan bahawa sehin
TEMERLOH: Gelombang penghijrahan kepimpinan BERSATU ke Gerakan RESET turut melanda Temerloh apabila kira-kira 90 peratus Ahli Jawatankuasa (AJK) BERSATU Bahagian Temerloh mengambil keputusan meninggalkan parti itu untuk menyertai wadah politik bahar
Kehadiran seekor buaya sepanjang lebih tiga meter yang terperangkap dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Manggis di sini mencetuskan kegemparan dalam kalangan penduduk dan pengguna jalan raya pada Ahad.Penolong Pengarah Operasi Jabat