MOSCOW – Bella Devyatkina, hanyalah seorang kanak-kanak perempuan Rusia yang baharu berusia empat tahun, namun mencetuskan sensasi apabila dikesan memiliki kemampuan cukup luar biasa.
Bayangkan dalam umur yang masih sangat muda, dia mengejutkan banyak pihak apabila menguasai tujuh bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Cina dan Arab selain bahasa pertuturan ibundanya sendiri, Rusia.
Kemampuan hebat Bella itu didedahkan menerusi satu program pertandingan realiti popular terbitan stesen televisyen nasional Channel One Russia yang berjudul Udivitelniye Lyudi atau bermaksud manusia luar biasa.
Media tempatan melaporkan, Bella dengan mudah dapat bertukar-tukar bahasa secara spontan ketika bercakap-cakap dengan enam jemputan berbeza yang merupakan guru bahasa menerusi acara pencarian bakat unik itu.
Pada permulaannya, Bella berbual santai dengan seorang lelaki dewasa dalam bahasa Inggeris. Ternyata tidak hanya memahami, dia juga dapat membaca beberapa patah perkataan yang sukar dalam bahasa Inggeris dengan mudah.
“Dinosaur apakah yang memiliki dua baris tulang di sepanjang ekornya?” tulis satu soalan dalam bahasa Inggeris dipaparkan pada skrin gergasi di pentas sebelum Bella dengan pantas menjawab tepat: “Stegosaurus.”
Menurut beberapa portal berita tempatan, ibu kandung Bella, Yulia sanggup menggaji beberapa pengasuh daripada pelbagai bangsa yang berbeza agar anaknya dapat mempelajari bahasa baharu sejak masih berusia dua tahun lagi.
“Saya mula ajar bahasa Inggeris tetapi terperanjat mendapati Bella fasih tutur bahasa itu sebelum tambah kepada lima bahasa antarabangsa lain dengan mengupah beberapa guru warga asing,” katanya.
Yulia yang juga guru bahasa Inggeris dan menetap di ibu kota Moscow turut terkejut dengan kemampuan Bella. Video aksi hebat si cilik ini juga malah dimuat naik menerusi laman YouTube dan telah ditonton lebih 1.2 juta kali.
Sekiranya berjaya memenangi program televisyen tersebut, Bella bakal membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak 900,000 ruble (kira-kira RM61,000). – Agensi
ROMPIN: Keputusan 65 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rompin kembali kepada UMNO dilihat sebagai petunjuk bahawa sokongan akar umbi di daerah ini semakin kembali kepada parti berkenaan.Mereka ialah bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dew
Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan seorang pembantu rumah warga asing dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh beberapa individu di sebuah kediaman yang dipercayai terletak di Taman Daya.Ketua Polis J
Lapan buah rumah serta sebuah motosikal musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis, awal pagi tadi.Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Nor Ahmad Zaki Ashrafi Nor Azli berkata,
Industri sawit negara berdepan cabaran dan peluang dalam landskap ekonomi global yang sentiasa berubah, termasuk risiko cuaca El Nino yang dijangka memberi kesan kepada pengeluaran komoditi pertanian.FELCRA Berhad menegaskan keadaan itu memerlukan tumpua
Dakwaan bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengasas Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tidak tepat dan cubaan untuk memesongkan fakta sebenar sejarah penubuhan gabungan politik tersebut.Bekas Ketua Penerangan Bersatu yang
Seorang lelaki etnik Rohingya ditahan selepas cuba melarikan diri ketika operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Guar Kepayang, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai bertindak
Seorang nelayan orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas dipercayai dipukul menggunakan batang pokok bakau dalam satu pertengkaran yang berlaku ketika kerja-kerja pembaikan rumah di Felda Umas, dekat sini, kelmarin.Mangsa, Mohamad Sukry Mobing,
Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Digital:Dimaklumkan bahawa gerbang pembayaran bagi urusan bayaran Perakuan Pendaftaran Pengawal Data melalui Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) telah beralih ke
Syarikat kecerdasan buatan terkemuka, Anthropic, mengesahkan terpaksa menutup akses serta-merta kepada model AI andalannya, Fable 5 dan Mythos 5, susulan arahan kawalan eksport mengejut daripada kerajaan Amerika Syarikat atas faktor keselamatan negara.Pe
Maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir dan syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap MyTeksi Sdn. Bhd. berhubung dakwaan penggunaan nama serta jenama beliau tanpa kebenaran dalam satu kempen pengiklanan minuman di platform mi