Video Yusuf Iskandar Bersorak Depan Kek Hari Jadi Cuit Hati Netizen

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 04 Jun 2017 04:01:00

video yusuf iskandar bersorak depan kek hari jadi cuit hati netizen 521

Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar 


Selamat hari lahir diucapkan kepada anak kepada pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya semalam.

Dalam sebuah klip video yang dikongsi di laman Instagram Yusuf, kelihatan beliau begitu teruja menerima kek hari jadi pertamanya.

Aksi comel Yusuf yang mencuit hati menarik perhatian ramai. Rata-rata pengikutnya tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat hari lahir kepadanya.

"Moga Yusuf Iskandar menjadi anak yang soleh, yang dapat mendoakan kepada ibu dan bapa, amin. Mata Yusuf (dalam video ini) bulat kemudiannya tiba-tiba jadi sepet. Seronoknya dia. Terhibur Makcik Su tengok keletah Yusuf," kata Suzannajb.

"Selamat Hari Lahir, Yusuf. Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh. Kekal comel dan tembam. Moga berjaya dunia dan akhirat," ucap Sarahmai.

Hairul juga tidak ketinggalan meluahkan sesuatu buat anak tunggalnya itu.

”Alhamdulillah anak ayah hari ini genap umur setahun. Selamat hari lahir #YusufIskandar1Tahun,” tulis Hairul. 

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. 


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts