by Oh! Semput
Satu-satunya syarikat angkasa lepas swasta di Vietnam, VinSpace, pada Selasa menyatakan bahawa ia bakal melancarkan satelit pertamanya pada tahun hadapan menggunakan program “kongsian pelancaran” (rideshare) milik SpaceX.
Syarikat tersebut yang telah ditubuhkan pada November lalu oleh konglomerat Vingroup, milik orang terkaya di Vietnam, Pham Nhat Vuong, dengan aspirasi untuk menjadi syarikat aeroangkasa terkemuka di negara berkenaan.

Pada April lalu, Vietnam telah meluluskan lesen kepada Starlink milik SpaceX, yang merupakan ujian pertama skala besar bagi ketersambungan internet satelit di negara komunis tersebut.
{suggest}