Viral Rekaan Baju Kurung Cantik Dikatakan Tidak Boleh Basuh Pinggan, Hijabista Hub Tampil Dengan Bukti Rakaman Video

by Oh! Semput


35
SHARES
451
VIEWS
Posted on 10 Jun 2017 20:01:36


Hari Raya bakal menjelma dan orang yang paling sibuk dengan persiapan raya adalah kaum wanita, baik dari golongan ibu-ibu, anak dara dan remaja, merekalah yang selalunya akan memastikan kelengkapan dan segala persiapan di hari mulia itu memuaskan hati.

Kuih raya, duit raya dan baju raya antara perkara utama yang sering diberi perhatian oleh kaum wanita. Pakaian raya biasanya pada yang berkemampuan akan membeli atau menempah berpasang-pasang baju baru agar tampil cantik dan bergaya di hari raya.

Berbicara tentang baju raya, baru-baru ini viral dan trending di media sosial berkaitan dengan rekaan baju oleh Hijabista Hub yang dikatakan agak pelik. Rata-rata netizen terutamanya perempuan mempertikaikan rekaan baju berkenaan yang dikatakan sangat cantik tetapi tidak boleh digunakan ketika ingin membasuh pinggan.

Dek kerana pertikaian itu, pemilik rekaan baju berkenaan telah tampil memperjelaskan keraguan netizen berhubung dengan design baju tersebut yang dikatakan WIN habis.

Komen dari Hijabista Hub.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018