Volkswagen Perkenal EV Paling Cekap Tenaga Dengan Bumbung Solar, Sekali Cas Boleh Pergi Hingga 1,278 KM

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 15 Sep 2026 07:30:13

Volkswagen memperkenalkan prototaip terbaharu EV yang dinamakan sebagai, Mission Efficiency di mana EV ini telah mencatatkan sebanyak 3 rekod dunia bagi kecekapan tenaga kenderaan elektrik (EV).

Untuk rekod pertama, kenderaan itu mencapai nilai pekali seret (Drag Coefficient) Cd 0.158 yang merupakan rekod baharu untuk kereta yang diluluskan jalan raya.

Nilai 0.158 ini menunjukkan paras kecekapan aliran udara (rintangan angin) yang sangat ekstrem dan termaju.

Rekod nombor dua yang dicapai EV ini ialah penggunaan tenaga serendah 6.48 kWj/100 km, apa yang dipanggil sebagai “perjalanan ideal”, di mana kelajuan (dalam kes ini 68 km/j) kekal malar (tetap), tiada cerun menanjak dan pengguna persisian seperti sistem penghawa dingin dinyahaktifkan.

Sebagai perbandingan, model EV standard di pasaran biasanya menggunakan sekitar 15 hingga 20 kWh/100 km.

Ini menunjukkan, penggunaan 6.48 kWh/100 km menunjukkan kecekapan tenaga yang luar biasa, hampir tiga kali ganda lebih cekap berbanding EV biasa.

Rekod yang ketiga adalah aerodinamiknya dan pemacu elektrik yang sangat cekap di mana Mission Efficiency merupakan kereta elektrik yang mengampiri produksi paling jimat dalam kelasnya.

Pada pandu uji penggunaan yang didokumentasikan secara rasmi, EV ini mencapai julat perjalanan 1,278.36 km dengan hanya satu kali pengecasan bateri berkapasiti 54.9 kWh.

Malah, EV ini dilengkapi sistem fotovoltaik dengan output kuasa 370 W yang disepadukan ke dalam bumbung kaca dan penutup but, dan membekalkan kuasa kepada pengguna sistem elektrik kenderaan tersebut.

Bergantung pada musim, wilayah dan cuaca, ia boleh meningkatkan julat sebenar sehingga 30 kilometer sehari.

Prototaip EV ini menawarkan konfigurasi tempat duduk 2+2 dan ruang bagasi 481 liter, menjadikannya sesuai untuk kegunaan keluarga kecil.

Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Thomas Schäfer, menegaskan bahawa strategi syarikat berteraskan penawaran “teknologi untuk massa”.

Mission Efficiency menjadi bukti keupayaan Volkswagen menggabungkan kecekapan aerodinamik dan teknologi pengeluaran mampu milik bagi menghasilkan EV paling cekap di dunia untuk kegunaan harian.

{suggest}

Volkswagen Perkenal EV Paling Cekap Tenaga Dengan Bumbung Solar, Sekali Cas Boleh Pergi Hingga 1,278 KM WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts