Walaupun Pelik, Tempahan Tudung Zip Nora Danish Terus Meningkat

by Oh! Semput


14
SHARES
178
VIEWS
Posted on 21 Nov 2016 09:00:30

Meskipun tudung terbaru keluaran Owl by Nora Danish agak pelik dari segi ciri rekaannya yang mempunyai zip di bahagian hadapan, tempahannya kian meningkat ketika ini.

screen-shot-2016-11-21-at-4-23-37-pm

Gambar : Instagram Nora Danish

Tidak takut dalam bereksperimentasi , Nora berterima kasih kepada mereka yang menghebahkan akan berita keunikan tudung miliknya itu yang dikatakan seakan Puteri Jasmine.

“Saya sangat teruja untuk memperkenalkan kepada anda tudung semi instant keluaran terbaru Owl iaitu Ezip. Nantikan berita terkini dari kami pada bila-bila masa. Dan terima kasih kepada sesiapa yang buat viral, dapat tempahan banyak dah. Thank you,” tulis Nora menerusi sebuah video pendek  yang menunjukkan dirinya mengenakan tudung terbarunya itu.

Tambah Nora lagi, tudung berkenaan sesuai untuk mereka yang sering terbang ke mana sahaja kerana kemudahannya untuk menutup wajah ketika terlena dalam penerbangan yang jauh misalnya.

Pada masa yang sama, Nora menasihatkan penggaya tudungnya itu tidak menggunakan kemudahan zip berkenaan untuk menutup muka ketika berjalan. Rekaannya itu dikatakan dibuat khas untuk mereka yang sukakan kelainan.

Disebabkan menerima banyak kritikan dari pengikutnya, Nora terus menutup ruangan komen di Instagram miliknya supaya  tiada kata-kata negatif yang boleh mengundang kepada perkelahian sesama peminatnya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts