by Oh! Semput
Pelakon popular, Rita Rudaini menegaskan beliau tidak pernah menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk mendapatkan layanan istimewa, khususnya dalam urusan berkaitan sekolah anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata setiap individu wajar dihormati tanpa perlu bergelar VIP atau mempunyai “kabel” untuk mendapatkan hak masing-masing.

Dalam masa sama, Rita turut menegaskan isu yang perlu diberi perhatian bukanlah suara ibu bapa, sebaliknya budaya kronisme, pilih kasih dan politik yang semakin dianggap perkara biasa dalam sesetengah urusan.
Menurutnya, apabila budaya tersebut dinormalisasikan, golongan yang paling terkesan adalah anak-anak yang sedang melalui proses pembelajaran dan membentuk nilai kehidupan.
Walaupun bergelar selebriti, Rita menegaskan dirinya tetap memilih untuk berurusan berlandaskan peraturan yang sah tanpa menggunakan nama atau pengaruh peribadi.

Tambahnya lagi, institusi pendidikan seharusnya menjadi tempat yang mendidik nilai integriti, keadilan dan meritokrasi, bukan ruang untuk amalan kroni atau pilih kasih.
Artikel lain: Bayaran PIBG tertunggak, Rita Rudaini kritik tindakan tahan sijil, wang ganjaran pelajar cemerlang SPM
Dalam nada sinis, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyentuh pengalaman peribadi apabila bantuan atau sokongan tertentu tidak diteruskan selepas isu timbul, namun beliau memilih untuk tidak terlalu memanjangkan perkara tersebut.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa pendiriannya bukan untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya sebagai luahan jujur demi kebaikan bersama, khususnya dalam sistem pendidikan anak-anak.
: Threads ritrud727