Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 16 Oct 2026 11:00:13

Sony hari ini melancarkan peranti audio premium mudah alih terbaru, Sony Wlakman NW-WM1AM3, yang direka khusus untuk peminat audio berkualiti tinggi.

Peranti ini menampilkan gabungan teknologi audio termaju, bahan premium serta reka bentuk elegan yang menepati keperluan pengguna yang mahukan pengalaman mendengar muzik terbaik.

Salah satu tarikan utama NW-WM1AM3 ialah skrin sentuh HD bersaiz 5.5 inci yang memberikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan intuitif.

Malah, NW-WM1AM3 menggunakan platform Android dan mempunyai sambungan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengakses pelbagai platform penstriman muzik menerusi aplikasi rasmi selain memainkan koleksi lagu yang disimpan secara tempatan.

overview-5-D-5 (1)
Sony Wlakman NW-WM1AM3 ini menjalankan sistem operasi Android 16 dan storan 128GB.

Di samping itu, Sony melengkapkan peranti ini dengan komponen audio berkualiti tinggi serta teknologi pemprosesan bunyi eksklusif bagi menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan terperinci.

Walkman ini turut menyokong format audio resolusi tinggi sehingga 384kHz/32-bit serta hayat bateri yang panjang sehingga 33 jam membolehkan pengguna menikmati muzik dalam tempoh yang lama.

Sony Walkman NW-WM1AM3 ini dilancarkan pada harga £2,099.00 di UK (~RM11,750) juga sudah tersedia di pasaran tempatan di stor Sony rasmi terpilih.

Beli barisan produk audio yang lain di stor:

Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts