Wanita kongsi bayar tol guna plastik penampar lalat

by Oh! Semput


10
SHARES
124
VIEWS
Posted on 02 Jun 2017 03:00:15

TAHUKAH anda bahawa penampar lalat bukan sahaja berfungsi untuk menghalau lalat, tapi fungsinya boleh dipelbagaikan untuk pelbagai perkara lain. Pernahkah anda terfikir plastik penampar lalat mampu membantu memudahkan urusan pembayaran tol anda? Tetapi bagaimana?

Idea kreatif ini dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial wanita yang mana pada asalnya berasa sangat terganggu untuk membuat pembayaran dengan kad touch n go kerana sosok tubuh yang rendah menyebabkan tangannya sukar mencapai mesin imbas touch n go ketika melalui tol.

Pasti anda juga pernah berdepan masalah ini. Terasa tempat menyentuh touch n go sedikit jauh dari tempat anda memberhentikan kenderaan sehingga perlu mengeluarkan sedikit badan dari cermin sisi, kadang-kadang kadang pula sehingga menyebabkan tali pinggang keledar terjerut dileher.



Ini pasti membuat anda rimas. Apakata anda ikut cara yang dikongsi dalam video ini yang sangat mudah dan sangat berguna.

Menurut perkongsian dalam video ini, kelihatan kad touch n go diletakkan di hujung penampar lalat, yang mana kemudiannya kereta menuju ke tol dan penampar lalat yang mempunyai kad touch n go dilekapkan pada mesin imbas tol dengan sangat mudah dan pantas tanpa bersusah payah.


Ini sangat-sangat membantu lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering menggunakan jalan bertol setiap hari.



Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan melancarkan urusan harian anda disamping menjimatkan masa. Selamat mencuba!— EdisiRakyat.com, 2 Jun 2017

: Ehh Fiza La Werh

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts