Warga Emas Maut Tersepit Dalam Kemalangan Kereta Dan Lori 14 Tan Di Beruas

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 02 Oct 2026 15:00:48

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 14 tan tanpa muatan di Jalan Sitiawan, Kampung Tengah Beruas, berhampiran Pantai Remis, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.19 petang itu, mangsa, R. Tavaraj, 73, dilaporkan tersepit di bahagian pemandu selepas kenderaan dinaikinya bertembung dengan lori berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati mangsa masih berada di dalam kenderaan dalam keadaan tersepit akibat kemalangan. Pasukan penyelamat kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa dari bahagian pemandu.

Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Operasi menyelamat dan kerja-kerja berkaitan kemalangan itu selesai sepenuhnya kira-kira jam 3.40 petang.

Sementara itu, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung bagi mengenal pasti keadaan serta faktor yang membawa kepada perlanggaran berkenaan.

Warga Emas Maut Tersepit Dalam Kemalangan Kereta Dan Lori 14 Tan Di Beruas first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts