WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 14 Oct 2026 17:30:12

WhatsApp kini memperkenalkan ciri panggilan tetamu (guest calling) yang membolehkan pengguna menjemput sesiapa sahaja menyertai panggilan, termasuk individu yang tidak mempunyai akaun WhatsApp.

Melalui ciri ini, tetamu boleh menyertai panggilan secara percuma tanpa perlu mendaftar akaun WhatsApp. Panggilan turut disulitkan hujung ke hujung dan tidak mempunyai had masa.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu membuka tab Panggilan dalam WhatsApp, menekan ikon “+” danĀ mencipta pautan panggilan. Pautan itu kemudiannya boleh dihantar kepada individu yang ingin dijemput.

Tetamu pula hanya perlu membuka pautan tersebut melalui pelayar komputer dan memasukkan nama mereka sebelum menunggu kelulusan hos. Ciri ini menyokong panggilan 1:1 dan panggilan berkumpulan sehingga 32 orang.

Namun begitu, hanya pengguna yang mempunyai akaun WhatsApp boleh mencipta pautan panggilan.

WhatsApp guest calling_02

Sepanjang panggilan, tetamu juga boleh menggunakan beberapa ciri seperti berkongsi skrin komputer, memberikan reaksi menggunakan emoji ibu jari atau hati, serta mengangkat tangan untuk meminta giliran bercakap.

Dari segi kawalan dan privasi, tetamu perlu mendapat kebenaran hos sebelum menyertai panggilan. Hos juga boleh mengeluarkan mereka pada bila-bila masa. Selain itu, tetamu tidak boleh melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej atau menambah peserta lain secara langsung ke dalam panggilan.

Menjelang akhir tahun ini, WhatsApp turut merancang untuk melancarkan integrasi dengan Google Calendar dan Outlook. Ciri tersebut akan membolehkan pengguna mencipta panggilan WhatsApp terus daripada kalendar dengan memasang pemalam (plugin) WhatsApp, menyambungkan akaun dan menambah pautan panggilan pada jemputan.

{suggest}

WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts