WhatsApp Mencatat Rekod Penghantaran 29 Juta Mesej Sesaat Ketika Acara Perlawanan Argentina vs Mesir

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 21 Jul 2026 17:03:53

Nampaknya, ketika acara Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung baru-baru ini, acara yang paling mendapat perhatian ramai peminat seluruh dunia adalah acara perlawanan melibatkan pasukan Argentina dan Mesir. Jikalau sebelum ini, Google menyatakan carian melibatkan perlawanan berkenaan mencatatkan rekod carian tertiinggi di Google Search, kini Meta turut berkongsi data lebih kurang sama.

Menurut Meta, ketika acara perlawanan berkenaan, penghantaran mesej melalui WhatsApp mencatatkan kemuncak sehingga 29 juta mesej setiap saat – sekaligus mengatasi rekod di platform berkenaan yang sebelum ini dicatat pada acara akhir kejohanan Piala Dunia FIA 2022.

Disamping itu, Meta turut menyatakan lebih 80 juta perkongsian di lakukan di Facebook yang menyebut berkenaan Piala Dunia, sementara Threads pula mencatatkan lebih 1.5 bilion paparan melibatkan kandungan berkaitan kejohanan tersebut. Tidak setakat itu, Instagram juga memperlihatkan penggunaan tinggi, dengan ramai yang mula mengikuti akaun-akaun dan profil pemain di kejohanan berkenaan.

Dengan pelbagai statistik tinggi ini, ia sekaligus menjadikan PIala Dunia FIFA terus menjadi kejohanan dengan angka penonton dan peminat yang tinggi di dunia, mengatasi kejohanan yang lain.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts