Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, ‘Multitasking’ Sehingga 40% Lebih Pantas

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 04:00:15

Microsoft memperkenalkan beberapa penambahbaikan pada Windows 11 bagi meningkatkan kecekapan penggunaan memori, terutamanya pada PC dengan RAM 8GB.

Menurut Micorosft, kemas kini terbaru ini membolehkan Windows 11 beroperasi sehingga 20% lebih responsif pada PC RAM 8GB, manakala kerja berbilang tugas boleh diselesaikan sehingga 40% lebih pantas berdasarkan ujian makmal syarikat itu.

Melalui pemampatan memori, Windows kini boleh mengekalkan sehingga 2GB lebih banyak data aktif dalam RAM berbanding memindahkannya ke storan yang lebih perlahan. Ini membantu mengurangkan kemungkinan aplikasi atau tab pelayar yang dibiarkan terbuka perlu dimuatkan semula apabila pengguna kembali menggunakannya.

Selain itu, Windows 11 kini bertindak balas sehingga 20% lebih pantas apabila pengguna membuka menu Start, membuat carian, menggunakan fungsi klik kanan, membuka Settings, Snipping Tool atau File Explorer berbanding versi Windows yang diuji pada Januari 2026.

Dalam masa yang sama, Microsoft mengurangkan penggunaan memori oleh aplikasi dan ciri yang tidak aktif digunakan. Pada PC dengan RAM 8GB atau kurang, Widgets hanya dimuatkan apabila dibuka, sekali gus mengurangkan penggunaan memori kira-kira 200MB apabila ditutup. Bagi Microsoft Edge pula, tab yang tidak aktif akan memasuki ‘sleep mode’ selepas 15 minit secara default, berbanding dua jam sebelum ini.

Microsoft turut mengoptimumkan penggunaan memori merentas Windows, pelayar Edge dan aplikasi Microsoft 365. Secara keseluruhan, penambahbaikan ini mengurangkan pertambahan memori yang diperuntukkan sehingga 900MB. Word, PowerPoint, Excel dan Outlook sahaja menyumbang kepada penjimatan sebanyak 360MB RAM.

Ketersediaan

Untuk mendapatkan penambahbaikan ini, pengguna perlu mengemas kini Windows 11 kepada versi 26H2, build 26300.9818 atau lebih baharu. Kemas kini boleh disemak melalui Settings > Windows Update dengan mengaktifkan pilihan “Get the latest updates as soon as they’re available” sebelum memilih “Check for updates”.

Pengguna juga perlu memastikan Microsoft Edge, Microsoft 365 dan Teams dikemas kini kerana sebahagian penambahbaikan turut diedarkan melalui kemas kini aplikasi dan Microsoft Store.

{suggest}

Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, ‘Multitasking’ Sehingga 40% Lebih Pantas WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts