by Oh! Semput
Xiaomi hari ini telah berkongsi jadual kemas kini HyperOS 4 berasaskan Android 17 untuk peranti global. Kemas kini akan mula diterima hari ini pada siri Xiaomi 17, Leica Leitzphone, siri Poco F8, Siri Poco M8, Siri Poco X8, siri Redmi Note 17 dan banyak lagi.

Secara keseluruhan jadual kemas kini untuk 82 telefon pintar serta tablet Xiaomi, Poco dan Redmi versi global telah diterbitkan. Gelombang pertama kemas kini hari ini diikuti gelombang kedua pertengahan bulan ini dan seterusnya pada bulan Disember.
Peranti pertama Xioami yang dilancarkan dengan HyperOS 4 terpasang ialah siri Xiaomi 18 Pro yang akan ke pasaran global dalam masa terdekat. Kepada pemilik peranti dalam senarai di atas di Malaysia, adakah anda sudah menerima kemas kini seperti yang diumumkan Xiaomi?