Kredit foto: Instagram Sari Yanti
Tindakan pelawak Jep Sepahtu yang memuat naik foto isterinya, Sari Yanti mengenakan tudung di laman Instagram telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminatnya.
Namun persoalan tersebut dileraikan dengan kapsyen yang ditulis Jep.
Kredit foto: Instagram Sari Yanti
Alhamdulillah..Dengan izin dan gerakNya..Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. Saya cintakan awak @sariyanti. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak.
Ucapan Jep seterusnya menerima komen balas daripada Sari Yanti.
"I love you too sayang," ucap Sari Yanti manja di ruangan komen.
Berita baik itu juga menerima reaksi positif daripada para pengikut Jep yang rata-ratanya mendoakan agar Sari Yanti akan terus kekal bertudung.
Kredit foto: Instagram Sari Yanti
Jep dan Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 25 Februari lalu. Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti selepas bercerai dengan bekas suaminya pada hujung tahun 2014.
Kredit foto: Instagram Sari Yanti





