Zahid: Umno teruskan khidmat Dun Nenggiri walau wakil rakyat muflis

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 04 Jun 2017 18:01:13

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan di Masjid Mahmoodi, Pantai Irama, 4 Jun 2017. — Foto Bernama BACHOK, 4 Jun — Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Uno Bahagian Gua Musang diminta memastikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diteruskan setelah penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada keperluan pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melepasi tempoh yang mengizinkan ia dilangsungkan.

“Kita reda dengan kekosongan kerusi berkenaan, namun kita serah kepada Badan Perhubungan Umno negeri (Kelantan) untuk menentukan dari segi perkhidmatan kepada rakyat dan Uno Bahagian Gua Musang akan mengendalikan perkhidmatan di DUN berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Mahmudi di sini, malam ini.

Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN telah dimaklumkan berhubung kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

Khamis lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff muflis.

Abdullah dilaporkan berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff telah muflis. — Bernama 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts