by Oh! Semput

Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga. Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini.

Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan.
