by Oh! Semput
Apakah kegunaan ubat zincofer? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat zincofer, dos dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi.
Klasifikasi ubat: Suplemen
Kandungan didalam setiap kapsul: Ascorbic Acid, Ferrous Fumarate, Folic Acid, Vitamin B12, Vitamin B6, Zinc Sulphate
Zincofer ialah sejenis makanan tambahan atau suplemen untuk merawat masalah kekurangan zinc, zat besi dan asid folik didalam badan. Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh dibeli di farmasi.
Fungsi utama Zincofer adalah untuk merawat masalah kekurangan zinc dan asid folik antaranya:
Zincofer diambil secara oral dan diambil selepas makan atau seperti arahan doktor. Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda.
Jika dibeli melalui farmasi, sila baca arahan dan risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan.
Zat besi didalam Zincofer membantu mengurangkan risiko kekurangan zat besi ketika hamil seterusnya membantu didalam penghasilan hemoglobin yang mencukupi.
Asid folik didalam Zincofer pula membantu didalam penghasilan sel darah merah yang sihat terutamanya ketika hamil seterusnya mengelakkan masalah seperti kecacatan kepada bayi.
Vitamin B12 didalam Zincofer juga membantu didalam penghasilan sel darah merah yang sihat ketika hamil dan mengelakkan masalah seperti kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang.
Simpan Zincofer didalam suhu bawah 25°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.
Zincofer antara ubat yang berguna terutamanya bagi wanita yang sedang hamil. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:
Antara kesan terlebih dos yang boleh terjadi:
Sila dapatkan rawatan dengan segera jika anda mengalami gejala-gejala seperti diatas
Zincofer adalah ubat yang diambil mengikut doa dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.
Sesetengah ubat yang diambil dengan Zincofer boleh menyebabkan berlakunya reaksi atau mengakibatkan kesan sampingan. Antaranya:
Namun ianya selamat jika diambil bersama ubat tahan sakit (analgesic) seperti paracetamol. Untuk langkah keselamatan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil ubat ini.
Rujukan
Ubat Zincofer: Dos, Fungsi & Kesan Sampingan Root of Science.