KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki yang menaiki van putih, Jumaat lalu.
Dalam kejadian yang berlaku jam 11.41 pagi di Taman Ayer Panas, Setapak, Alang (bukan nama sebenar), 12, baru sahaja pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Alang yang baru saja sampai ke depan rumahnya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran sebuah van putih yang diparkirkan berhampiran rumahnya.
"Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu yang menghampiri, menyebabkan saya segera mengayuh basikal ke tempat yang ada orang," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
"Saya perasan van itu mengekori saya sehingga ke simpang, menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah," katanya lagi.
Menurut Alang, ibunya selalu berpesan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan jika mendapati ada individu yang mengekorinya.
"Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan adik-beradik lain balik sekolah untuk memastikan kami selamat. Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat yang selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak dikenali mengekori kami," katanya.
Ibunya, Nur (bukan nama sebenar), 42, berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
"Dalam kejadian jam 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan kamera litar tertutup (CCTV). Saya menyedari kemunculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.
Alang, 12, ketika ditemubual wartawan Harian Metro
Mesej WhatsApp keluarga yang tersebar di media sosial
"Bagaimanapun, setibanya Alang di pintu pagar rumah, tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderana menghampiri Alang. Saya terus berlari keluar tetapi Alang sudah tiada, manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.
"Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
OpenAI baru-baru ini dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Firmus, sebuah syarikat pembangun infrastruktur AI dari Australia untuk mendapatkan kapasiti penggunaan pusat data di Malaysia. Ia dilaporkan bahawa OpenAI akan menjadi penyewa utama u
Nothing mengesahkan Phone (4b) akan memasuki pasaran Malaysia dengan jualan rasmi bermula 20 September 2026.Secara ringkas, Phone (4b) menggunakan Snapdragon 6 Gen 4 dan hadir dengan reka bentuk unibody serta Glyph Bar. Peranti ini dilengkapi bateri berk
Jepun ialah negara terawal menggunakan robot dalam bidang industri dalam dekad 60an. Ini membolehkan Jepun menjadi negara dengan ekonomi termaju Asia dalam dekad 80an. Kini Jepun telah menggunakan robot untuk menggantikan tenaga kerja manusia kerana jumla
Jika sebelum ini industri automotif sering menguar-uarkan bahawa kenderaan hibrid plug-in (PHEV) sebagai pilihan mesra alam yang menjimatkan, tetapi laporan terbaru ini mungkin agak kontroversi dan mengejutkan anda.Menurut laporan Transport & Environ
Khairulaming hari ini sekali lagi mencatatkan rekod tersendiri dalam arena jualan langsung, mencatatkan jualan melangkaui RM4 juta. Jualan ini dilakukan melalui TikTok Shop Live, dan ketika artikel ini diterbitkan, angka berkenaan telah mencapai RM4.3 jut
Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya. Demikian luahan penuh kesedihan Izzati Syamimi, isteri kepada Kapten Zainol Afiq, selepas menerima berita suaminya antara lima individu yang terkorban dalam nahas helikopter di STOLport Long Lellang,
Terdapat beberapa filem kebelakangan ini yang mengisahkan berkenaan pengasas perniagaan, terutamanya melibatkan syarikat teknologi. Salah satu filem yang akan datang tidak lama lagi adalah filem dengan judul Artificial.Filem berkenaan memfokus
Qualcomm hari ini mengumumkan kerjasama berbilang generasi dengan Amazon untuk membangunkan cip tersuai pada skala besar bagi pusat data AI, termasuk menyokong keperluan inferens AI dalam infrastruktur AWS yang semakin berkembang.Kedua-dua syarikat juga
Penyelidik kecerdasan buatan (AI) yang sebelum ini meninggalkan OpenAI untuk menyertai Anthropic telah membuat keputusan untuk keluar terus daripada industri tersebut.Beliau menuduh kedua-dua syarikat Amerika Syarikat itu “bermain dengan nyawa kami
Google mengumumkan pelaburan 13 bilion di Finland dalam tempoh dua tahun akan datang, yang disifatkan syarikat itu sebagai pelaburan tunggal terbesarnya di Eropah setakat ini.Pelaburan tersebut akan memberi tumpuan kepada pengembangan infrastruktur digi