Filem “Artificial” Bakal Ditayangkan Tahun Ini – Mengisahkan Skandal Pemecatan CEO OpenAI

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 08 Sep 2026 20:30:56

Terdapat beberapa filem kebelakangan ini yang mengisahkan berkenaan pengasas perniagaan, terutamanya melibatkan syarikat teknologi. Salah satu filem yang akan datang tidak lama lagi adalah filem dengan judul “Artificial”.

Filem berkenaan memfokuskan kepada watak Sam Altman (yang dilakonkan oleh Andrew Garfield), dan mengambil latar masa sekitar skandal pemecatan CEO OpenAI, yang kemudiannya dilantik kembali selang beberapa hari. Selepas itu, sejumlah pekerja telah meninggalkan syarikat berkenaan.

Filem berkenaan sepatutnya diedarkan oleh Amazon MGM, namun ia dibatalkan. Beberapa spekulasi mengatakan pembatalan ini adalah disebabkan oleh pelaburan Amazon sebanyak $50 bilion pada OpenAI. Namun, perkara berkenaan tidak dapat disahkan. Mengikut laporan, sejumlah pengedar turut telah menonton filem berkenaan, dan mendapati penceritaannya tidak begitu kukuh, sehinggalah kini ia diedarkan oleh Neon.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada penghujung 2026 ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts