Romelu Lukaku Jalani Imbasan MRI Tentukan Tahap Kecederaan

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 04 Oct 2017 07:30:18

Romelu Lukaku disahkan bebas daripada kecederaan selepas kebimbangan atas kecederaan yang menimpa pemain ini di bahagian ligamen buku lali ketika mencatat kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace bersama-sama Manchester United pada hujung minggu yang lalu.

Penyerang Manchester United itu menjalani imbasan pada Isnin lalu ketika bersama-sama skuad kebangsaaan Belgium untuk tugasan antarabangsa.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Pihak Belgium FA mengesahkan tiada kecederaan teruk dialami oleh Lukaku, namun pemain berusia 24 tahun ini akan menjalani latihan yang telah dirangka khas untuk beliau menjelang perlawanan kelayakkan Piala Dunia menentang Bosnia dan juga Cyprus.

Perkhabaran terbaru ini pasti memberi kelegaan buat Jose Mourinho, lebih-lebih lagi lawan Manchester United seterusnya selepas tempoh perlawanan antarabangsa ialah Liverpool.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Belgium FA:

“Romelu Lukaku menjalani imbasan MRI, namun tiada kerosakan pada struktur ligamen ditemui. Beberapa hari akan mendatang, Lukaku akan menjalani latihan yang telah diatur khas untuk beliau.”

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

“Namun demikian, adalah masih awal untuk mengklasifikasikan Lukaku sebagai cergas atau tidak untuk menghadapi perlawanan bertemu Bosnia dan juga Cyprus.”

Lukaku berada di prestasi terbaiknya sejak perpindahan bernilai £75 juta daripada Everton untuk menyertai Manchester United pada musim panas yang lalu.

Sehingga kini, Lukaku telah menjaringkan 11 gol daripada 10 penampilan kompetitif bersama Manchester United dalam semua pertandingan. Lukaku turut berada di dalam senarai penjaring ketika berhadapan dengan Crystal Palace pada hujung minggu yang lalu.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Manchester United akan berhadapan dengan jadual perlawanan yang sibuk menjelang Oktober. Selepas kehilangan Paul Pogba akibat kecederaan otot, Mourinho pasti tidak mahu kehilangan Lukaku.

Selepas bertemu Liverpool sekembalinya daripada tugasan antarabangsa, Lukaku dan Manchester United akan berhadapan dengan pesaing utama untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu Tottenham Hotspur dan juga Chelsea sebelum membuat perhitungan dengan Benfica dalam pertandingan UEFA Champions League.

:

1. Rob Dawson, ESPN FC (2017): Romelu Lukaku has scan on ankle injury, reveals no fracture – Belgium; http://www.espnfc.com/manchester-united/story/3219674/romelu-lukaku-has-scan-on-ankle-injury-reveals-no-fracture-belgium

Romelu Lukaku Jalani Imbasan MRI Tentukan Tahap Kecederaan Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts