by Oh! Semput
Malam tadi kami sekeluarga pergi membeli belah di pasaraya Giant Prima Saujana Kajang. Ada banyak barang yang diletak harga promosi antaranya sos cili Life dan Maggi Cup. Sos cili Life untuk 2 botol harganya RM8. 49 (harga asal RM4. 99 untuk satu botol) dan Maggi Cup pula RM7. 99 (harga asal RM9.80).

Namun begitu bila kami membuat bayaran di kaunter bayaran tiada diskaun bagi kedua-dua barangan ini menyebabkan kami pertikai kepada juruwang dan adik juruwang tersebut telah memanggil penyelianya. Kami terangkan kepada beliau apa yang telah berlaku dan kami tunjuk gambar harga promosi tersebut di telefon kami.
Mungkin beliau ingin mengesahkan maklumat tersebut beliau telah pergi ke tempat barangan tadi dan mengambil kertas yang ditulis harga promosi dan memasukan kod baru bagi kedua-dua barangan tadi mengikut harga yang dipromosi dengan muka yang tidak puas hati dengan kami.

Walau pun terbukti yang Giant ini menipu pelanggannya tetapi penyelianya ini tidak pula meminta maaf atau memberi apa-apa penerangan, hanya sekadar datang tekan-tekan butang pada mesin itu dan beliau kata “ok harga sudah sama dengan harga promosi” dan dia terus pergi.
Ini merupakan kali ketiga kami berhadapan dengan penipuan sebegini untuk tahun ini. Sebelum ini pasaraya Giant di Prima Saujana ini melakukan perkara yang sama terhadap dua barang yang telah kami beli iaitu beras dan juga Maggi. Selepas bertekak dengan mereka barulah kami mendapat harga promosi yang dipamerkan.
Berbalik kepada kes ini, bayangkan sudah dua hari mereka telah menipu orang ramai yang membeli dua barangan ini dan sudah berapa ratus ringgit mereka telah merompak duit daripada pelanggan mereka malah mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Itu baru daripada dua barang ini, barang-barang promosi yang lain kami tidak tahu kerana kami tidak membelinya.
Oleh itu saya nasihatkan kepada semua orang ramai jika anda membeli barangan yang tengah promosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja. Begitu juga kepada pihak yang berwajib rajin-rajinkanlah membuat pemeriksaan mengejut bagi nemastikan orang ramai tidak ditipu dan dianiaya oleh taukeh2 besar yang tamak dan jahat ini.
: Rusniza Mohammad