by Oh! Semput
Melalui sebuah hantaran di Facebook, syarikat pasaraya Jaya Grocer telah mengesahkan bahawa akaun Instagram mereka telah digodam, dan semua hantaran-hantaran terbaru pada platform Instagram tersebut adalah palsu.

Jika anda melihat hantaran-hantaran terbaru akaun instagram tersebut, ia mempromosikan peranti-peranti seperti Apple iPhone dan juga pemberian emas dan juga pautan pada profil akaun tersebut. Pihak Jaya Grocer mengesahkan bahawa mereka TIDAK melarikan promosi-promosi ini, dan pengikut-pengikut akaun tersebut tidak patut mempercayai sebarang permintaan untuk menyertai sebarang promosi ataupun menekan pautan Telegram yang tertera pada IG Stories akaun tersebut.

Pihak Jaya Grocer mengatakan bahawa mereka kini sedang mencuba untuk mendapatkan akses kepada akaun tersebut semula.