ChatGPT Kini Digunakan 1.2 Bilion Pengguna Setiap Minggu – Umum Tambahan Format Iklan Baru

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 05 Oct 2026 17:00:28

OpenAI hari ini mengumumkan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mereka, ChatGPT kini digunakan secara meluas oleh seramai 1.2 bilion pengguna setiap minggu, sekaligus menjadikan ChatGPT sebagai platform kecerdasan buatan yang digunakan paling ramai pengguna di dunia buat masa ini.

Selari dengannya juga, OpenAI mengumumkan pengenalan format pengiklanan baru pada ChatGPT – membolehkan jenama dan syarikat untuk memaparkan pengiklanan dan promosi produk serta perkhidmatan mereka kepada para pengguna ChatGPT. Iklan juga dipaparkan mengikut konteks, sekaligus membawa kepada kesan yang lebih baik berbanding pengiklanan di platform lain. Format pengiklanan baru lebih memfokuskan kepada visual, dan memaparkan produk terus kepada pengguna dalam bentuk visual.

Untuk makluman, OpenAI telah mula paparkan pengiklanan kepada pengguna ChatGPT di Malaysia, iaitu untuk pengguna pelan ChatGPT percuma dan juga ChatGPT Go. Pengguna yang melanggan pelan ChatGPT Plus dan ke atas tidak dipaparkan dengan iklan buat masa ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts